Thursday, 24 May 2012
Aku & Amanah
AKU & AMANAH
sesungguhnya aku ingin...
meniti dijalan sunnah
berteduh di dalam jemaah
tapi aku masih..
termangu mencari arah
mengubat hati bernanah
sesungguhnya aku ingin..
berjuang menegak kalimah
berjihad berkorban darah
tapi aku masih..
dibuai mimpi indah
terbaring bak insan lemah
sesungguhnya aku ingin..
taat menjunjung segala perintah
menggenggam tanggungjawab sebagai khalifah
tapi aku masih..
mengabdi nafsu serakah
menurut kehendak dunia yang parah
sesungguhnya aku ingin..
berpaut pada hidayah
menyingkap tabir makrifah
tapi aku masih..
ditipu akal yang mentah
lemas di lautan fitnah
namun hanya padaMu tempat ku berserah...
hilangkan dariku segala mazmumah
tunjukkan padaku jalan yang cerah
kurniakan padaku hati yang tabah
tetapkan diriku dalam syahadah
kekalkan nafasku dalam ibadah
hulurkan padaku tali istiqamah
pautkan untukku ikatan ukhuwah
hangatkan jiwaku dengan selimut mujahadah
kerana sesungguhnya aku terlalu ingin..
hujung nafasku husnul khatimah
kembali padamu dengan sakinah
bertemu kekasihMU didalam Jannah..
- HambaNya yang fakir -
Hafiz.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
a great one, wind. keeping them coming :)
ReplyDelete