apa guna tua
hanya pada usia
jika kematangan tiada
apa guna tua
jika kurang ilmunya
tipis amalan yang diredha
apa guna tua
jika hanya berleka
menunggu padam usia
apa guna tua
jika mati hatinya
buta semua deria
apa guna tua
jika hanya bernafas
untuk hidup penuh alpa
apa guna tua
jika untuk memburu yang tak berguna
hanya untuk selesa dunia
apa guna tua
jika tidak mampu mendidik diri
cukup bersahaja dengan zuriatnya
apa guna tua
jika tidak mahu berubah
tidak mahu berusaha mencari redhaNya
apa guna hidup lama
jika hanya untuk makan, minum, bersuka
menghabiskan usia sambil lewa.........
nice one ijan .....
ReplyDeletethanks, chu xoxo
Deleteapa guna muda..
ReplyDeletejika tak sedar diri akan tua..
at the end of the day..
apa guna mati..
jika yang menanti hanyalah api..
erk..macam familiar je style sajak ni..hhihi.. :D