Sunday 4 May 2014

Novel yang lain daripada yang lain.

Assalamualaikum

Kak Norizan, tumpang ya.

Bercakap tentang tajuk. Memang benar. Sebab saya ni sukakan konsep bold, outstanding, rare, non commoner (kononnya)

Marilah dapatkan novel Sayang Scarlet ini untuk mengetahui kelainannya.

Antara komen-komen yang telah diterima setakat ini,

komen dari pembaca lelaki - Sayang Scarlet ialah novel yang bukan indie, bukan main stream. Ia ada di streamnya yang tersendiri.

komen dari pembaca lelaki - Sayang Scarlet sesuai dibaca oleh golongan lelaki dan perempuan

komen dari pembaca lelaki - Bagus untuk student U yang ingin membuat thesis tentang mental health issue.

komen dari pembaca perempuan - Semua ada, cinta, lucu, ghairah, suspense, takut, seram, ngeri.

komen dari pembaca perempuan - Novel Sayang Scarlet ni berat, mengetengahkan isu keluarga, cinta dan seram. Saya suka novel yang ringan-ringan.

komen dari pembaca perempuan - Penulis novel Sayang Scarlet ni banyak letak monolog. Saya tak suka novel banyak monolog. Saya suka novel banyak sembang (komen diberikan sebaik sahaja tamat baca bab 1).

komen dari kanak-kanak perempuan, 14 tahun - Mak cik, tulislah lagi! saya suka baca buku cerita mak cik!

komen dari kanak-kanak lelaki, 13 tahun - menulis lagi ya!

komen dari kanak-kanak perempuan, 16 tahun - tak boleh berhenti baca, sebab tak sabar nak tahu ending cerita ni. Suspense!

Novel ini mengisahkan tentang Scarlet, seorang blogger yang jatuh cinta kepada seorang blogger lain. Mereka saling menyintai. Namun cinta mereka terhalang. Teman blognya tiba-tiba menyepi tanpa berita. Dalam masa yang sama, Scarlet diganggu oleh makhluk halus dan hidupnya menjadi tambah porak peranda disebabkan oleh seorang pesakit skizofrenia. Adakah cinta blognya dapat direalisasikan? Apakah yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia itu yang telah menghancurkan ketenangan jiwa Scarlet?

Harga RM30 (SM), RM 36 (SS) - termasuk postage. Boleh emel penerbit di ceritakosong@gmail.com untuk pembelian online.



3 comments: