Kemudian bertemu lagi. Kali ini dua-dua dah free, tak ada ikatan. Boleh menjalinkan hubungan. Dan kali ini dua-dua pun tak sesibuk dulu. Sijejaka dah jadi bos besar. Yang lawannya pula bekerja sendiri tak terikat dengan masa. Maka kedua-duanya banyak masa untuk bertemu, beramah mesra, bercerita. Lalu mereka pun selalu bertemu, beramah mesra dan bercerita.
Hatta, terbitlah bibit-bibit cinta. Kamu memulakannya. Semasa pergi jauh bercuti kamu sering menghubungiku bertanya khabar, bercerita biasa pada mulanya. Kemudian bercerita tentang hati dan perasaan. Hinggalah bercerita tentang hati dan perasaan kamu terhadap aku. Mula-mula malu-malu, teragak-agak, tergagap-gagap memberitahu. Kemudian menjadi lancar dan begitu jitu. Yakin yang diri itu mahu padaku.
Aku pula mula-mula tak berapa nak percaya cakap kamu. Yelah kamu tu bukan kenal sangat siapa aku. Kamu, yang aku tau, memang semenjak dari universiti dulu memang sukakan aku. Suka pandang dari jauh, tak berani mendekatiku. Aku tahu pun sebab kamu yang bagitau. Kawan rapatmu pun berkata begitu. Aku anggap kamu masih mengagungkan aku kerana kamu tak tau siapa aku yang sebenarnya.
Hari-hari kamu menalipon aku dari UK. Aku kira bil kamu mungkin beribu! Mana taknya….berkali-kali sehari kamu call aku….bercakap hingga lebih sejam setiap kali….selama dua minggu. Bila aku suruh SMS aja, kamu kata itu tak memadai. Kamu nak juga dengar suara aku! Kononnya kamu rindu!
No comments:
Post a Comment