Friday, 10 February 2012

Merapu


Anak,ibu atau bapa?

Kita semua secara umumnya sejak dilahirkan akan mendapat satu pangkat atau jawatan yang digelar “anak”. Kalau ikut standard English jawatan tersebut  akan diwakili oleh istilah yang lebih detail iaitu “son” or “daughter” yang secara direct translation membawa maksud “anak lelaki” atau “anak perempuan”. Dan part yang bestnya ialah jawatan ini kita akan pegang  sampailah kita mati. Tiada istilah “resign” apatah lagi “pencen” jika mencecah umur 60. Tidak kira sama ada ibu bapa kita masih ada atau tidak,pangkat tersebut sama sekali tidak akan terlucut pada setiap individu. Seterusnya sebahagian besar dari kita akan menempuh satu lagi fasa yang melaluinya kita akan mendapat pangkat “ibu” atau “bapa” (erk…actually ada lagi pangkat sebelum tu iaitu = suami/isteri,tapi malas nak highlight sebab saya belum kahwin..)

Seperti yang kita sedia maklum, setiap jawatan atau pangkat yang dipegang akan datang dengan senarai tanggungjawab atau Job Descriptions (JD). Jadi kalau ikut law memang kita semua ada tanggungjawab yang perlu dipikul sama ada sebagai anak atau ibu bapa. Disini saya bukannya berminat untuk kupas perihal tanggungjawab tersebut yang mana memang dah berlambak sangat sumber yang menyentuh hal ini. Saya cuma ingin bertanya,berdasarkan realiti, dari perspektif mana kita melihat “nilai” anak atau parent ini? Dari sini kita akan mendapat dua nilai, iaitu nilai dari segi kemanusiaan (humanity values) itu sendiri dan nilai sebagai seorang islam. Kita ambil realiti hari ini didalam budaya kita di Malaysia, segelintir dari kita hanya melihat nilai anak itu sebagai “tanggungan” yang mana kita perlu sediakan segala keperluan mereka yang mencakupi tempat tinggal,makan minum,pendidikan dan kemudahan2 lainnya sesuai dengan kehendak mereka & kemampuan kita. Perlu diingat,yang tanggungan itu merupakan satu “liability” kepada kita .Alhamdulillah , di negara kita , rata-rata penjawat jawatan “anak” boleh menjejakkan kaki ke sekolah, bermula dari zaman kanak2 riang yang mengunyah coklat kinder bueno di kindergarden hinggalah ke zaman percintaan ombak rindu muda-mudi di IPT. Si bapa siang malam membawa teksi bermeter jenama Proton mencari pelanggan demi membayar yuran semester si anak sulung yang sedang belajar hotel & katering di University of Nottingham . Di rumah pula si ibu sanggup bersengkang mata menguli tepung untuk membuat kuih untuk dijual, hasil jualan dikumpul saban hari untuk membeli handphone terkini model Samsung Galaxy Tab dengan harapan untuk buat “surprise” kat si adik yang mendapat 4A 5B dalam SPM (contoh). Pendek kata,tak kira kaya atau miskin dari kecil sampai besar, cukup besar kita berkorban demi mereka.Persoalannya, apa yang kita harapkan dari anak-anak kita ini?apakah hanya untuk melihat mereka menjadi seorang Arkitek?Doktor pakar sakit puan? Profesor?.Eh! rupanya kita hanya tekankan mereka dari segi akademik,kita boleh buat tak nampak anak gadis kita keluar pergi tuisyen pakai mini skirt, kita boleh tutup mata tengok anak lelaki kita terlajak solat kononnya buat study group kat restoran Secret Recipe.  Kita pandang remeh aspek akhlak.kita buang nilai agama. Anak gadis kita tu bila ada orang tegur “eh,mak awak tak marah ke pakai macam ni?”. Dia selamba jawab “Mama I open-minded, mama lah yang tolong pilih skirt ni”. Anak ni lah yang kita bangga sangat dengan jiran yang kononnya pelajar cemerlang dapat offer further study kat oversea. Scholarship sana sini. Ni ke yang kita NAK?sayang betul kita kat anak2 sampaikan dosa mereka pun kita nak tanggung.kita tinggalkan persoalan tu kat sini..

Kita lihat dari sudut pandang yang lain.Sebagai orang  melayu yang cukup sinonim dengan nilai Islam , sudah tentu kita aware yang anak itu adalah AMANAH dari Allah dan dalam islam konsep anak tu bukannya tanggungan tapi “investment”. Kita lupa,Kita bukan hanya membesarkan seorang MANUSIA tapi kita membesarkan seorang MUSLIM.Jadi sebagai seorang Muslim,  yang kita betul2 harapkan ialah supaya anak itu membesar menjadi seorang INSAN yang bertaqwa. Islam itu adil , tidak mengapa jika kita tidak mampu untuk membawa mereka ke kolej dengan menaiki BMW 7 series, yang menjadi persoalan apakah kita mampu memimpin mereka berjalan di atas jalan menuju ke SYURGA?. Tidak mengapa jika anak kita gagal subjek fizik asalkan mereka lulus dalam subjek “Akhlak”. Kerana kita semua telah pun beriman kepada Al-Quran yang mana didalamnya terdapat firman Allah :

“ Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..” – Surah Taha 20 : 132 –

Masa mereka kecil kita selalu berpesan “jangan main tengah panas”. Sayangnya kita kat mereka sampai takutnya mereka jatuh sakit terkena teriknya matahari. Tapi takut ke kita akan api neraka yang akan menjamah tubuh mereka kelak?kita lupa firman Allah :

“Wahai orang yang beriman , peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka… “       -Surah Al-Tahrim 66 : 6 –

Walaubagaimanapun ini bukanlah bermakna aspek2 lain tu perlu kita abaikan terus,bukanlah bermakna kita menidakkan kepentingan akademik itu sendiri . sekadar hanya perlu “re-setting” kita punya mindset untuk meletakkan “first thing first”.perlu lebihkan penekanan kepada benda yang bersifat “priority”. Sayang antara ahli keluarga tu bukannya kita bagi mereka “benda yang nampak”.bukannya dengan bekalkan mereka dengan aset duniawi yang mana bila sampai masanya,aset tersebut tidak memberi sebarang manfaat lagi. Sedangkan aset yang sebenar-benar “aset” kita “terlupa” untuk bekalkan kepada mereka. Kita tahu mana yang salah mana yang betul,kita tahu apa yang halal apa yang haram tapi kita taknak sampaikan kepada mereka. Kita  jadi “selfish” tanpa kita sedar.

Bagi seorang anak, dari kecil sampai besar kita mendapat kasih sayang yang melimpah dari ibu bapa, segelintir kita belajar bersungguh-sungguh dengan harapan untuk membalas jasa mereka. Kita berjaya mendapat kerjaya yang bagus , kita berjaya menjawat jawatan yang penting , kita berjaya meraih pendapatan yang lumayan. Persoalannya apa yang kita nak bagi kepada mereka sebenarnya??habis yang tak pandai belajar, yang sekadar kerja kampung, yang tiada kelulusan..apakah mereka ini tidak layak atau tidak mampu untuk membalas jasa kedua ibu bapa mereka? Kat sini datangnya konsep berbuat baik kepada ibu bapa didalam Islam tu. Berbakti dengan kedua tangan kepada mereka, bagi layanan yang baik dan yang paling penting DOAKANLAH kesejahteraan mereka.

Telah datang seseorang menghadap Nabi S.A.W untuk meminta izin pergi berjihad. Baginda lalu bertanya “apakah kedua orang tuamu masih hidup?” dia menjawab “ya,masih hidup” . lalu baginda bersabda “berjihadlah engkau disisi keduanya (berbaktilah kepada mereka)” – Hadis Riwayat Bukhari & Muslim –

Berdasarkan hadis ni adakah kita nampak nilai berbakti tu? Besar manakah darjatnya? Mak kita kat kampung tu bukannya harap sangat kita belikan mereka TV LCD 42” Panasonic (flat screen) tu. Mak kita tu bukannya kaki sinetron duduk menghadap TV 24/7 . dalam hati kecil mereka hanya mengharapkan DOA dari anak-anak. Bapak kita tu bukannya nak sangat Massage Chair keluaran Gintell yang boleh adjust “angle” tu (kita tak tau yang abah kita tu lebih prefer traditional massage dari mak kita pakai minyak kambing gurun). Dia hanya mengharapkan bila dia didalam kubur nanti sentiasa ada “extra light” yang tidak putus2 dari kita semua. Senang kan? Tak payah jadi Engineer pun boleh berbuat baik. kalau dah teruk sangat pun tak dapat nak buat, sekurang-kurangnya janganlah jadi DERHAKA.

Dan jika kita fikir betul2, kita buat semua tu bukannya hanya  sekadar kerana kedudukan kita sebagai anak atau ibu bapa semata-mata. Tapi ada pangkat yang paling besar kita jawat sebagai seorang Muslim iaitu pangkat “HAMBA”.Wallahua’lam.

- Freestyle Artikel ini hanya sekadar peringatan kepada diri sendiri oleh penulis.-



Monday, 6 February 2012

fahamlah...

kawan
aku dengar bicaramu
aku faham tujuanmu
terima kasih ingin membantu
dan sentiasa akan aku
dengar, faham, berterima kasih kepadamu
tapi kawan
kamu harus tahu
aku juga ada caraku
untuk ke tempat yang ingin ku tuju
sesungguhnya kau dan aku
ingin ke situ
ingin memasuki salah satu
dari seribu pintu
cuma...jangan berkeras untuk aku mengikut rentakmu!
langkah pendekku tak mungkin mampu
menyaingi langkah panjangmu
dan aku bukan bertanding denganmu
pertandinganku hanya antara aku dan diriku
dan apa jua perbuatanku
bukan kerana kamu
semuanya untuk aku...kerana Tuhanku..... :)

TKC77 - a reunion!

       It's really, really, REALLY gonna happen! Yeayyyy....insyaallah. What started out as idle talk between The Usual Suspects over one of our lunches led to a few of us appointing ourselves as a committee of sorts. Even our "Associate Member" got excited and volunteered her services.
       Truthfully, we didn't expect such a good response...taulah batch kita ni kan...suam-suam kuku aja most times...hehehe...But we didn't reckon on Ajeel...the Dictator Extraordinaire!! Ajeel's strategy, a combination of arm twisting, threats, playing on sentiments [korang nak tunggu batchmate kita ramai lagi mati ke baru nak get together??], worked wonders! She personally roped in enough members to make the reunion possible and at a critical time too. Zai was ready to throw in the towel at that point ;). So AJEEL - KUDOS to you, girl!! We shall kiss your a*s* later okay :D
       Special thanks to Zai, Leha, Robi, Ani (Associate Member) for their effort to recce the original potential venue in Melaka. Also to Zaki for calling every possible person she could think of from our batch - sampai ada yang kami tak kenal pun!! Thanks also to all the others who cajoled yet more others to join this reunion. Dan terima kasih tak terhingga to our sponsors, Khuzi and Daing. And thanks to Facebook - it would have been quite impossible for our batch to touch base often without this medium.
       To date, 6 (am I right here?) have left us....never to return. I'm sure they'll be there with us in spirit. Arwah Ani Aziz would have jumped at this chance to touch base again if she had been alive - I'm pretty sure of that. In remembrance of our dear departed friends, we will be holding a tahlil session on the evening of our arrival. Lets all pray that Babe can make it to the reunion - her mum isn't well.
       I don't know about you girls, but for me, at 52, death seems so "real" somehow - almost tangible. So lets make the best of this time together. Lets forget our differences and make amends. Lets get to know each other again - as adults. Lets embody the spirit of "berkasih sayang". We may never see each other again after this......

Friday, 3 February 2012

SENYUM2…GELENG2….


senyum-senyum aku
bila membaca
apa yang dia kata
geleng-geleng aku
bila melihat
cara tuturnya
sentiasa bisa
sinis bahasanya
walaupun betul
apa yang kita tutur
walaupun luhur
niat kita jujur
untuk memperbetul
supaya umat akur………

renung-renunglah
jika kita begitu kuat
memegang sunnah
begitu teguh
mengikut cara Rasulullah
bila beramal ibadah
mengapa payah
menurut tingkahnya
dalam bermuamalah…….
Rasulku begitu berhemah
Rasulku tak gemar berbalah
Rasulku begitu sabar melayan kerenah
walau ditohmah difitnah
dihalau diludah………

Thursday, 2 February 2012

KU BERDIRI....

Ku berdiri menghadapNya di dini hari 
Tak selalu ku mampu berbuat begini 
Bukan aku sakit tak terdaya 
Bukan aku tak bermaya 
Cuma aku selalu leka 
Terlalu bersuka dengan dunia…..

Aaah dunia, tak pernah sudah! 
Ada saja jamuan untuk alpa 
Tak perlu guna minda 
Duduk saja, mata terbuka 
Mulut ternganga 
Lihat entah apa-apa!

Datang pula bosan sama dunia 
Bosan duduk ternganga lihat entah apa-apa 
Terbit suara halus, terngiang-ngiang di telinga 
Berputar-putar di minda 
Bagai hati ini berkata-kata 
Sudahlah….tinggallah…..

Datang pula suara anak muda 
Yang tak pernah bosan bersuara 
Pelbagai yang di cerita 
Sampai ketika hati ini terasa 
Mahu merasa apa yang dia rasa 
Sentuhan yang lebih halus dari sutera……

Lalu ku berdiri lagi di dini hari 
Kali ini dengan misi 
Aku ingin mencari 
Ingin merasa sentuhan yang seni 
Yang menyentuh sanubari 
Sentuhan misteri, melembutkan hati…..

Aku mahu sangat untuk rindu 
Aku mahu sangat merasa pilu 
Aku mahu merasa sayu 
Mahu rasa teramat malu! 
Mahu rasa betapa kerdilnya aku 
Bila berhadapan denganMu……..

Aku akan saban terus berdiri 
Di waktu ini, waktu sunyi 
Mengharap agar sepi pagi 
Menular ke hati 
Merangkum diri 
Agar ku tahu siapa diri ini…….

Wednesday, 25 January 2012

"dah tutup aurat"....REALLY???

Digerakkan hati hingga tergerak hati nak "pakai tudung" - as we say here in Malaysia. So being the researcher that I am, I decided to "learn all about it" so to speak. And what I found out surprised me!! I had thought it was just a matter of making sure that:
1. hanya muka dan dua tapak tangan sahaja yang terdedah
2. baju must be thick enough so as not to nampak warna kulit
3. pakaian tidak menunjukkan susuk tubuh
4. tudung must be long enough to cover bahagian dada.

Easy enough...so I thought. ONLY to find out that there's more to this than the above!!
1. bahagian yang boleh "dinampakkan" ialah dua telapak tangan dan muka - CHECK!

 Sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,
Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
 [HR Abu Dawud] 

Juga pendapat-pendapat para sahabat eg  Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66], Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57] bila mentafsirkan

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”
[TMQ An-Nur (24):31].

2. tidak nampak warna kulit and susuk tubuh - CHECK!

Usamah menyatakan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam tentang kain yang nipis (al-qabtiyah) kerana beliau telah memberikan kepada isterinya untuk dipakai. Mendengarkan tentang perkara yang disampaikan itu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: “Suruhlah isterimu untuk mengenakan kain nipis (al-ghilalah) lagi di bahagian dalamnya, kerana aku khuatir kalau sampai nampak warna tubuhnya.”

And we all know also that to display our "body contours" is wrong. I think everyone agrees with me that so tak payahlah nak bubuh hadis-hadis lagi.

3. bertudung labuh menutup dada - THIS is where it got interesting! My research led me to new frontiers!!

During my college days in the late 70s, at the onset of the dakwah movement here in Malaysia, I saw girls going around in "mini telekung", plain, dull, loose robes over their everyday clothes, socks on their feet. Over the years muslimah fashion has evolved into what we see today - bling bling on tudung/apparel, all imaginable types of tudung - the twist them, wind them, bunch them, slip them over your head, pin them, awnings, and the list goes on....robes became colourful extravagant affairs with sequins, embroidery, gold piping, lace etc etc...eye catching to say the least! Some of these jubah were more akin to the maxi gowns I donned in my teens.

So I erroneously thought..."oh this shouldn't be hard". I'm no advocate of maxis but I could wear them if I had to. And I THOUGHT I had the option of just donning anything loose enough, long enough to cover my thighs, thick enough not to show my skin colour....and I had jeans in mind; me being very much a "jeans" person. I envisioned slipping on a black or any block coloured tudung long enough to cover my definitely not ample chest...and...ta-da!....cukup syarat menutup aurat.....***smile....smile...***

UNTIL, being the good (ehem...ehem...) researcher that I am, I applied the rule of double checking the information. And, boy...was I in for a BIG surprise!! It kept me blog hopping for hours on end....

Here are my findings:

1. There are 2 types of clothes that should be worn.
     i)   for when you're at home and among those mahram (yang kita tak boleh berkahwin) - what is termed as      
           "private life". 
     ii)  for when you're out of the house ie in a public place and in the presence of ajnabi (yang kita boleh 
          berkahwin)

In (i), the aurat is different between those who are mahram to me (I can show my hair for instance) and those who are ajnabi. The rule for (ii) applies in the case of ajnabi even in my own home.

In (ii), even if I'm just out to sidai kain, I am to put on a robe ie jilbab/abaya over my everyday clothes! Jilbab/abaya is defined as a single continuous piece of loose, shapeless gown, fully covering my body from the neck down to my heels, made of material (yang not eye catching) thick enough to conceal my skin colour and the clothes I have underneath it. And remember, kaki pun kena fully covered juga so kena pakai socks. So tak boleh just pakai underwear and sarung the jilbab/abaya!! Phewwww.....THIS is totally new to me!!

And the tudung pulak is to be of thick material yang tak menampakkan colour of the skin juga and sampai ke pergelangan tangan. The tudung must cover both bahagian depan and belakang my body.

Hukumnya if tak observe the dress code? HARAM...no two ways about it!! 

Ummu ‘Athiyah pernah bertutur demikian: "Rasullullah saw memerintahkan kami – baik ia budak wanita, wanita haid, ataupun wanita perawan – agar keluar(menuju lapangan) pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi para wanita yang sedang haid diperintahkan untuk menjauhi dari tempat solat, namun tetap menyaksikan kebaikan dan seruan atas kaum muslim. Aku lantas berkata, “Ya Rasulullah, salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah pun menjawab, “Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya.

Jika saudaranya tidak meminjamkannya, samaada ia tidak mampu meminjam atau tidak diberi pinjam, maka dia tidak boleh keluar rumah kerana tidak mempunyai pakaian seperti yang telah disyariaatkan. Ini adalah indikasi yang menunjukkan bahawa perintah mengenakan jilbab bagi kaum wanita yang ingin keluar rumah adalah wajib. Dengan kata lain, wanita wajib mengenakan jilbab di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Sebaliknya jika ia tidak mengenakan jilbab, ia tidak boleh keluar rumah.

Only those yang dah menopause and tak ada nafsu nak menikah lagi aja yang boleh  menutup aurat with satu lapisan pakaian. Itu pun tak boleh nak berhias-hias...ie no jewellery, makeup, pakai perfume etc. This tak boleh berhias-hias rule applies across the board to women of all ages. Celak tu boleh only if tak berlebihan. Of course dengan spouse tu rulesnya lain. 

"Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari]. 

Btw, digalakkan memakai seluar panjang di bawah jilbab/abaya tu just in case kita terjatuh so the chances of terdedah aurat tu is minimised.

I have a better understanding of these 2 hadith now:

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (Sohih Bukhari)

Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, 
Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” 

Hmmm....so in conclusion:

1.  tak bertudung menutup aurat <----------- for sure lah HARAM! NO DISPUTE!
2.  bertudung menutup aurat but baju ketat or pendek or jarang etc <--------- HARAM juga!!
3.  bertudung menutup aurat berpakaian longgar, tebal, etc yang kira-kira tak nampak susuk tubuh, warna kulit         dan sebagainya TAPI keluar rumah only pakai ni aja without the jilbab/abaya over it <---------- HARAM juga!!!

Those dakwah sisters of my college days got it right! 
Wallahualam....

Monday, 16 January 2012

AKU...memburu...

Kalamku….
Adakah ia hanya halwa telinga
Tanpa hatiku merasa….

Diamlah akal!
Fahamlah bahawa kadangkala
Aku tak perlu kamu!

Terima kasih ilmu
Yang kadangkala hanya buat aku lebih keliru
Tapi juga membuat aku terus memburu

Mencari, tercari-cari….
Menari lagi jari-jariku mencari kamu
Random…bila tak tahu mana nak dituju….