Anak,ibu atau bapa?
Kita semua secara umumnya sejak dilahirkan akan mendapat
satu pangkat atau jawatan yang digelar “anak”. Kalau ikut standard English
jawatan tersebut akan diwakili oleh
istilah yang lebih detail iaitu “son” or “daughter” yang secara direct
translation membawa maksud “anak lelaki” atau “anak perempuan”. Dan part yang
bestnya ialah jawatan ini kita akan pegang
sampailah kita mati. Tiada istilah “resign” apatah lagi “pencen” jika
mencecah umur 60. Tidak kira sama ada ibu bapa kita masih ada atau
tidak,pangkat tersebut sama sekali tidak akan terlucut pada setiap individu.
Seterusnya sebahagian besar dari kita akan menempuh satu lagi fasa yang
melaluinya kita akan mendapat pangkat “ibu” atau “bapa” (erk…actually ada lagi
pangkat sebelum tu iaitu = suami/isteri,tapi malas nak highlight sebab saya
belum kahwin..)
Seperti yang kita sedia maklum, setiap jawatan atau pangkat
yang dipegang akan datang dengan senarai tanggungjawab atau Job Descriptions
(JD). Jadi kalau ikut law memang kita semua ada tanggungjawab yang perlu
dipikul sama ada sebagai anak atau ibu bapa. Disini saya bukannya berminat
untuk kupas perihal tanggungjawab tersebut yang mana memang dah berlambak
sangat sumber yang menyentuh hal ini. Saya cuma ingin bertanya,berdasarkan
realiti, dari perspektif mana kita melihat “nilai” anak atau parent ini? Dari
sini kita akan mendapat dua nilai, iaitu nilai dari segi kemanusiaan (humanity
values) itu sendiri dan nilai sebagai seorang islam. Kita ambil realiti hari
ini didalam budaya kita di Malaysia, segelintir dari kita hanya melihat nilai
anak itu sebagai “tanggungan” yang mana kita perlu sediakan segala keperluan
mereka yang mencakupi tempat tinggal,makan minum,pendidikan dan kemudahan2
lainnya sesuai dengan kehendak mereka & kemampuan kita. Perlu diingat,yang
tanggungan itu merupakan satu “liability” kepada kita .Alhamdulillah , di
negara kita , rata-rata penjawat jawatan “anak” boleh menjejakkan kaki ke
sekolah, bermula dari zaman kanak2 riang yang mengunyah coklat kinder bueno di
kindergarden hinggalah ke zaman percintaan ombak rindu muda-mudi di IPT. Si
bapa siang malam membawa teksi bermeter jenama Proton mencari pelanggan demi
membayar yuran semester si anak sulung yang sedang belajar hotel & katering
di University of Nottingham . Di rumah pula si ibu sanggup bersengkang mata
menguli tepung untuk membuat kuih untuk dijual, hasil jualan dikumpul saban
hari untuk membeli handphone terkini model Samsung Galaxy Tab dengan harapan
untuk buat “surprise” kat si adik yang mendapat 4A 5B dalam SPM (contoh). Pendek
kata,tak kira kaya atau miskin dari kecil sampai besar, cukup besar kita
berkorban demi mereka.Persoalannya, apa yang kita harapkan dari anak-anak kita
ini?apakah hanya untuk melihat mereka menjadi seorang Arkitek?Doktor pakar sakit
puan? Profesor?.Eh! rupanya kita hanya tekankan mereka dari segi akademik,kita
boleh buat tak nampak anak gadis kita keluar pergi tuisyen pakai mini skirt,
kita boleh tutup mata tengok anak lelaki kita terlajak solat kononnya buat
study group kat restoran Secret Recipe. Kita
pandang remeh aspek akhlak.kita buang nilai agama. Anak gadis kita tu bila ada
orang tegur “eh,mak awak tak marah ke pakai macam ni?”. Dia selamba jawab “Mama
I open-minded, mama lah yang tolong pilih skirt ni”. Anak ni lah yang kita
bangga sangat dengan jiran yang kononnya pelajar cemerlang dapat offer further
study kat oversea. Scholarship sana sini. Ni ke yang kita NAK?sayang betul kita
kat anak2 sampaikan dosa mereka pun kita nak tanggung.kita tinggalkan persoalan
tu kat sini..
Kita lihat dari sudut pandang yang lain.Sebagai orang melayu yang cukup sinonim dengan nilai Islam , sudah tentu kita aware yang anak
itu adalah AMANAH dari Allah dan dalam islam konsep anak tu bukannya tanggungan
tapi “investment”. Kita lupa,Kita bukan hanya membesarkan seorang MANUSIA tapi
kita membesarkan seorang MUSLIM.Jadi sebagai seorang Muslim, yang kita betul2 harapkan ialah supaya anak
itu membesar menjadi seorang INSAN yang bertaqwa. Islam itu adil , tidak
mengapa jika kita tidak mampu untuk membawa mereka ke kolej dengan menaiki BMW
7 series, yang menjadi persoalan apakah kita mampu memimpin mereka berjalan di
atas jalan menuju ke SYURGA?. Tidak mengapa jika anak kita gagal subjek fizik
asalkan mereka lulus dalam subjek “Akhlak”. Kerana kita semua telah pun beriman
kepada Al-Quran yang mana didalamnya terdapat firman Allah :
“ Dan perintahkanlah
kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..”
– Surah Taha 20 : 132 –
Masa mereka kecil kita selalu berpesan “jangan main tengah
panas”. Sayangnya kita kat mereka sampai takutnya mereka jatuh sakit terkena
teriknya matahari. Tapi takut ke kita akan api neraka yang akan menjamah tubuh
mereka kelak?kita lupa firman Allah :
“Wahai orang yang
beriman , peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka… “ -Surah Al-Tahrim 66 : 6 –
Walaubagaimanapun ini bukanlah bermakna aspek2 lain tu perlu
kita abaikan terus,bukanlah bermakna kita menidakkan kepentingan akademik itu
sendiri . sekadar hanya perlu “re-setting” kita punya mindset untuk meletakkan “first
thing first”.perlu lebihkan penekanan kepada benda yang bersifat “priority”. Sayang
antara ahli keluarga tu bukannya kita bagi mereka “benda yang nampak”.bukannya dengan
bekalkan mereka dengan aset duniawi yang mana bila sampai masanya,aset tersebut
tidak memberi sebarang manfaat lagi. Sedangkan aset yang sebenar-benar “aset”
kita “terlupa” untuk bekalkan kepada mereka. Kita tahu mana yang salah mana
yang betul,kita tahu apa yang halal apa yang haram tapi kita taknak sampaikan
kepada mereka. Kita jadi “selfish” tanpa
kita sedar.
Bagi seorang anak, dari kecil sampai besar kita mendapat
kasih sayang yang melimpah dari ibu bapa, segelintir kita belajar
bersungguh-sungguh dengan harapan untuk membalas jasa mereka. Kita berjaya
mendapat kerjaya yang bagus , kita berjaya menjawat jawatan yang penting , kita
berjaya meraih pendapatan yang lumayan. Persoalannya apa yang kita nak bagi
kepada mereka sebenarnya??habis yang tak pandai belajar, yang sekadar kerja
kampung, yang tiada kelulusan..apakah mereka ini tidak layak atau tidak mampu
untuk membalas jasa kedua ibu bapa mereka? Kat sini datangnya konsep berbuat
baik kepada ibu bapa didalam Islam tu. Berbakti dengan kedua tangan kepada
mereka, bagi layanan yang baik dan yang paling penting DOAKANLAH kesejahteraan
mereka.
Telah datang seseorang
menghadap Nabi S.A.W untuk meminta izin pergi berjihad. Baginda lalu bertanya “apakah
kedua orang tuamu masih hidup?” dia menjawab “ya,masih hidup” . lalu baginda
bersabda “berjihadlah engkau disisi keduanya (berbaktilah kepada mereka)” –
Hadis Riwayat Bukhari & Muslim –
Berdasarkan hadis ni adakah kita nampak nilai berbakti tu? Besar
manakah darjatnya? Mak kita kat kampung tu bukannya harap sangat kita belikan
mereka TV LCD 42” Panasonic (flat screen) tu. Mak kita tu bukannya kaki
sinetron duduk menghadap TV 24/7 . dalam hati kecil mereka hanya mengharapkan
DOA dari anak-anak. Bapak kita tu bukannya nak sangat Massage Chair keluaran
Gintell yang boleh adjust “angle” tu (kita tak tau yang abah kita tu lebih prefer
traditional massage dari mak kita pakai minyak kambing gurun). Dia hanya
mengharapkan bila dia didalam kubur nanti sentiasa ada “extra light” yang tidak
putus2 dari kita semua. Senang kan? Tak payah jadi Engineer pun boleh berbuat
baik. kalau dah teruk sangat pun tak dapat nak buat, sekurang-kurangnya
janganlah jadi DERHAKA.
Dan jika kita fikir betul2, kita buat semua tu bukannya
hanya sekadar kerana kedudukan kita sebagai
anak atau ibu bapa semata-mata. Tapi ada pangkat yang paling besar kita jawat
sebagai seorang Muslim iaitu pangkat “HAMBA”.Wallahua’lam.
- Freestyle Artikel ini hanya sekadar peringatan kepada diri
sendiri oleh penulis.-
thank u...ouch... :)
ReplyDelete