Tak selalu ku mampu berbuat begini
Bukan aku sakit tak terdaya
Bukan aku tak bermaya
Cuma aku selalu leka
Terlalu bersuka dengan dunia…..
Aaah dunia, tak pernah sudah!
Ada saja jamuan untuk alpa
Tak perlu guna minda
Duduk saja, mata terbuka
Mulut ternganga
Lihat entah apa-apa!
Datang pula bosan sama dunia
Bosan duduk ternganga lihat entah apa-apa
Terbit suara halus, terngiang-ngiang di telinga
Berputar-putar di minda
Bagai hati ini berkata-kata
Sudahlah….tinggallah…..
Datang pula suara anak muda
Yang tak pernah bosan bersuara
Pelbagai yang di cerita
Sampai ketika hati ini terasa
Mahu merasa apa yang dia rasa
Sentuhan yang lebih halus dari sutera……
Lalu ku berdiri lagi di dini hari
Kali ini dengan misi
Aku ingin mencari
Ingin merasa sentuhan yang seni
Yang menyentuh sanubari
Sentuhan misteri, melembutkan hati…..
Aku mahu sangat untuk rindu
Aku mahu sangat merasa pilu
Aku mahu merasa sayu
Mahu rasa teramat malu!
Mahu rasa betapa kerdilnya aku
Bila berhadapan denganMu……..
Aku akan saban terus berdiri
Di waktu ini, waktu sunyi
Mengharap agar sepi pagi
Menular ke hati
Merangkum diri
Agar ku tahu siapa diri ini…….
i like the whole poem...and i particularly was moved by this rangkap...
ReplyDeleteAku mahu sangat untuk rindu
Aku mahu sangat merasa pilu
Aku mahu merasa sayu
Mahu rasa teramat malu!
Mahu rasa betapa kerdilnya aku
Bila berhadapan denganMu……..
saya tersentuh membaca kata2 di atas....teruskan menulis...dan semoga Ijan menemui apa yang sedang dicari.
thanks, pak pin...u always motivate me to do more... :) make doa for me ya!
ReplyDelete