Perspektif terhadap “Ilmu” part 1
Ada pepatah yang masih saya ingat , first time dengar
melalui siaran radio masa tengah bawak kereta, lebih kurang macam ni bunyinya “sahabat
yang paling akrab itu adalah akal fikiran dan musuh yang paling durjana itu
adalah jahil”. Termenung sekejap bila terdengar pepatah ini kerana maksudnya
yang secara peribadi bagi saya sangat “deep” .
Kita semua secara dasarnya memang dari kecil ditekankan oleh
ibu bapa untuk belajar. Merujuk kepada sistem pendidikan di negara kita, kita
mula menjejakkan kaki ke pra sekolah
seawal usia 6 tahun ,masuk ke alam sekolah rendah hingga ke usia 12 tahun , dan
menamatkan alam persekolahan “by right” pada usia 17 tahun (SPM) . kita stop dekat situ dulu
sebagai mewakili majority budak-budak yang menuntut secara formal . jadi jika
ikut standard calculation kita telah habiskan 12 tahun untuk “sekolah”. Saya dulu
selalu tertanya-tanya, “aku bangun pagi2 pegi sekolah ni untuk apa sebenarnya?”
. masa tu kira memang malas giler lah nak pegi sekolah . diri selalu membentak “ah,satu
rutin yang membosankan…..”. Masuk ke alam sekolah menengah , lagi lah haru ,
pergi sekolah sekadar untuk jumpa member , time rehat pegi makan , waktu sukan
pegi berlari pusing padang , dan waktu yang paling “syiook” adalah time cikgu
cuti , ianya seolah-olah “dream comes true”
bagi pelajar2 yang sewaktu dengan saya . Tapi bukannya saya nak story
pasal zaman persekolahan saya yang “boring” tu. Sekadar ingin berkongsi
pendapat mengenai “sistem”. Sistem yang pernah saya lalui sendiri , bukanlah
bermaksud untuk “berlagak pandai” kerana saya bukanlah orang yang selayaknya
untuk “mengomen” . namun dengan berpegang atas prinsip “perkongsian pendapat” .
here it is..
bagi saya dekat sekolah , sistem bilik darjah sebenarnya
telah dipisahkan secara “tidak” formal , iaitu = pelajar2 yang kategori elit
duduk kelas depan, dan pelajar2 kategori “slow” duduk kelas2 belakang (common
sense) . secara amnya memang nampak sistematik iaitu para guru boleh bagi lebih
perhatian terhadap pelajar2 yang agak “lambat tangkap” mengikut level. Kalau ikutkan
konsep ilmu itu sendiri , ianya(knowledge) untuk difaham , bukan untuk dihafal …dan bila
masuk je bab “kefahaman” ni , ianya bukan bergantung kepada guru semata-mata
tapi juga atas faktor-faktor lain , lebih-lebih lagi bergantung kepada pelajar
itu sendiri . jadi sistem pembahagian macam ini kita telah “block” sesuatu
kepada pelajar2 lemah ni. Kita telah “block” dari segi “sosial” . mungkin saya
boleh istilahkan ia sebagai “suasana sosial ilmiah” . kefahaman ini sesuatu
yang “abstract” . kalau seorang guru boleh bagi kefahaman untuk semua muridnya
. maka tidak timbul pulak benda macam ni ye tak? :D .masalahnya TAK boleh.. depan cikgu memang
lah pelajar2 yang lemah ni segan sebab kita dipengaruhi oleh perasaan hormat
atau mungkin “takut” kat guru2 tertentu. Tapi secara psikologinya kita lebih mudah
untuk berinteraksi dengan lingkungan mereka yang sebaya dengan kita sebab “level
of respect” tu dah “direndahkan” sikit . cikgu dah menyampaikan dengan
sebaik-baiknya . saya ulangi…MENYAMPAIKAN ..bukan MEMAHAMKAN…cikgu sampaikan
supaya kita faham= kalau tak faham pegilah tanya (cliché)… dan sepatutnya
pelajar-pelajar kategori “Elite” ni lagilah cepat faham daripada pelajar yang
lain . mungkin cikgu terangkan sekali je dah boleh “master”.penguasaan mereka
dah kira “advance”.kalau ikutkan kajian, antara faktor kejayaan pelajar dalam
akademik adalah melalui “study group”.mereka2 yang elit ni sebenarnya suka
untuk menghabiskan “free time” (cikgu tak masuk) kat sekolah untuk berdiskusi
sesama mereka . budak-budak ni bukannya rajin sangat nak buat study group kat
luar sekolah selepas waktu belajar. Banyak lagi aktiviti “riadah” dorang kat
rumah tu. Apatah lagi pelajar2 yang
lemah . ..kat sekolah jelah tempat mereka ni nak “menuntut”. Mereka2 ni sebenarnya
bukannya malas sangat nak belajar. Mereka pun berhasrat nak jadi “pandai”..tapi
problemnya mereka nak discuss apekebenda sesama dorang? Semua geng 1 kelas pun
tak berapa nak faham subjek yang cikgu baru lepas ajar. Orang cakap “cannot go”.
Last2 moral mereka akan jadi “down”. Nak suruh dorang pegi tanya budak2 pandai
kelas atas manalah mereka kenal sangat. Tengok muka pun seminggu sekali time
assembly..sebab kita dah “block” sosial antara mereka tu..kita wujudkan
jurang..kefahaman pelajaran itu kemungkinan lebih mudah untuk difaham apabila
diterangkan oleh rakan sebaya . kerana interaksi itu menjadi lebih “informal”. Saya
cakap ni berdasarkan pengalaman..saya dulu paling lemah math..kat kampung dulu saya
belajar subjek math dengan kawan saya, banyak kefahaman datang secara langsung
dari dia..bukannya saya nak cakap cikgu ajar tak pandai..kalau tak pandai
takkanlah member saya ni power matematik. .cuma memang saya banyak faham dari
dia..kat sekolah subjek math ni saya cuma dapat “input” dari guru..tapi tak
faham konsep dia..mungkin sebab saya tak suka calculation sangat..nasib baik
saya kenal member saya tu..kalau tak kenal??sampai sekarang jahil mengira
agaknya..
mungkin kita boleh cedok sistem pendidikan dulu2…tok2 guru
mengajar agama..mengajar mengaji ..semua pun kumpul sekali je..duduk
sekali..masing2 kenal..walaupun guru ajar murid mengikut tahap mereka jugak
masa tu..tapi tidak wujud “social block” antara mereka . tidak ada “wall” yang
memisahkan mereka. mungkin hari ini kita boleh try buat mix class selama
seminggu ..then skip ..lepas tu combine lagi..lebih kurang macam tu lah.. :D….maksud
tulisan saya ni bukannya nak kata kat sekolah tu “block” terus interaksi sosial antara murid tu. cuma ada jurang2
pendidikan “berkelompok”..tu je..bukan apa..sebab pergaulan sesama “level”
ni..takut jadi yang pandai makin pandai…yang tak pandai = pandai2 lah sendiri….
Wallahua’alam..
p/s : terpaksa study math masa SPM dulu sebab terasa nak
sambung belajar secara formal.. antara subjek wajib kredit… :D
when i was in primary school, there was already a "mentoring" system in place - budak "lemah" duduk sebelah budak "pandai". yg "pandai" kena make sure si "lemah" dapat faham lessons. it worked well. we took our role as mentor really seriously...and i think we were worse than the teachers bila "mendera" mentee kita!! tak kira dia nak nangis ke apa ke...BUAT JUGA exercises tu!! till today i remember who i mentored...& we actually studied at the same uni... :)
ReplyDeletesistem mentor tu bagus sebenarnya...tapi still agak straight forward ..tidak "natural" kalau kita lihat lebih terperinci dari aspek sosial....dan zaman saya sekolah dulu..tak pernah rasa pulak sistem mentor mentee ni.. :)
ReplyDeleteCadangan yg baik. Cuma implimentasi dari semua pihak kena sepadu. Ramai yg setuju bila ada cadangan tapi bila mula macam2 alasan diberi. Mentor mentee pun bagus gak. Ramai dapat bro & sis utk tumpng ilmu & pengetahuan. Takut ramai mantee dari mentor yg patutnye "on one to one or two basis". Yang penting kehendak & kemampuan pelajar tu sendiri yg penting & support from ibubapa, rakan & guru. Anyway very intersting to biring up to this coming PTA/ PIBG meeting. Thanks for sharing. Hope to share with others. Interesting to read & digest. Cheers & happy weekend.
ReplyDelete