Sunday 11 October 2020

Penulis - Buat Sampai Jadi Buku

 Apa nak buat dengan karangan-karangan yang dah ditulis atau sedang ditulis? 

Tengok punya tengok, karangan sudah hampir sampai ke penghujung, sudah hendak temui perkataan TAMAT.  Tinggal beberapa halaman penutup saja. Atau, tinggal dua perenggan akhir saja.

Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah untuk mencari seseorang untuk menyemak karangan itu (selepas ini dipanggil manuskrip, mss).

Boleh minta suami untuk semak. Boleh juga minta isteri, anak-anak atau kawan baik.

Nak minta bos di pejabat semak? Boleh saja. Kuat komplen, kan. Buat ini tak kena, buat itu tak kena. Nah, amek kau! Hahaha...... 😅

Tindakan paling bijak, hantar kepada editor.

Apa yang akan disemak oleh editor ni?

Mudah saja, editor akan lakukan kerja membuat semakan dan pembetulan untuk ejaan, tanda bacaan, bilangan jarak antara perkataan, bilangan tab, huruf besar/kecil, tatabahasa, logik dan lain-lain yang perlu.

Dalam hantaran ini, saya tidak menggunakan perkataan KESALAHAN ejaan, KESALAHAN tanda bacaan dll, kerana setiap kita terdedah kepada kekurangan.

Apa yang menjadi kekurangan pada kita, kita uruskan dengan mendapatkan bantuan luar.

To err is human. 

This is nature. 

Every manuscript needs an editor. 

Dan...  saya editor anda.

Subhanallah

Alhamdulillah

Allahuakbar

#editor #editorbebas #freelance #writer #ghostwriter #penulisupahan #penyelaraspenerbitan