Sunday 31 July 2011

A chat with Rateh

                                                                          Auni & Rateh



"Tokmami, we need to help Barbie"
"Why?"
"Because Laverna, the evil fairy, wants to destroy the blush of spring"
The blush of spring??? This 5-year old girl was talking poetic!! Ternganga I......
"Destroy the blush of spring?? What happens if Laverna does that?"
"Then it will be winter all the time, tokmami!!"
"Oh....."
"That's why we have to help Barbie. Then Barbie can stop Laverna"
"Okay"
"Then the mariposa (butterflies) and flowers can come out"
Phewww....it's amazing what 5-year olds know today as compared to when I was 5. I doubt if I even knew about the four seasons then.....much less "the blush of spring"......

Wednesday 27 July 2011

POLIGAMI: IT’S NOT ABOUT “SUKA”

“Habis…you sukalah poligami?”
“Siapa kata I suka?”
Then yang you cakap biarlah men berpoligami tu?”
What has it got to do with “suka”?”
“Habis…why do you always say that you okay aje?”
“Bukan sebab I suka”
Then…apa?”
If I call myself a muslim and that’s God’s law…who am I to say I “suka” ke “tak suka”?”
Dia terdiam terkelip-kelip memandang aku.
“Dah Allah ta’ala benarkan. I “suka” “tak suka” don’t matter. I don’t want to stand before Him on the day of reckoning and cakap, “Ya Allah, I didn’t like that particular law of Yours so I tak nak ikut. Tulah why I created a lot of fuss!” Berani??”
Dia terus membisu.
I don’t know about you but I tak berani. No way!! So if dia orang nak kahwin 2, 3, 4 ke lantaklah depa. Bukan I yang nak menjawab. Husband I tetap sorang je. Dia yang pening ada ramai wives!
Dia tunduk. Lama. Aku diam aje.
“Ijan….thanks
She signed the consent form. She even attended the akad. She’s still working on coming to terms with sharing……

Tuesday 26 July 2011

POLIGAMI: MEMBELA NASIB GENERASI AKAN DATANG

“Okay apa poligami. Sekarang perempuan ramai. What? 5 is to 1 kat sini right?
So?
“Yelah. Berapa muslim men yang ada? Out of that, berapa yang dah married?
“Entah”
Lets say kita insist nak one man to one wife. So, kita tolak yang dah married. Then kita tolak yang gay….ramai tau kaum tu now. Tolak lagi yang bujang sampai mati. Tolak yang gila, yang cacat teruk, yang hardcore drug addicts. Berapa aje yang tinggal you rasa?”
“Tak ramailah kot”
“Hmm….perempuan pula ramai…5:1. If kita tolak yang lesbians pun I rasa still ramai lagi yang straight. Dalam pada tu ada pula yang kahwin more than once….dah ambik quota the never been married ladies! Ish...kesianlah the younger generation!
Why?
“Yelah…given that dismal scenario ramailah women jadi andartu macam tu!!”, aku ketawa.
“Ye tak ye jugak kan…”
“Kita berdoalah anak-anak kita dapat jodoh yang terbaik. Yang dapat bawa depa masuk syurga. I think itu yang important. Tak kiralah if jodoh anak kita tu yang first, second, third or fourth.
You okay ke with that?
“Okay aje if the man is a good one
To me it’s not about being the “only one”. It’s about getting a good man who is an exemplary khalifah and imam…..yang boleh membawa membimbing kita ke syurga…..

Monday 25 July 2011

POLIGAMI: PART TIME HUSBAND

“Dia dah kahwin that stewardess. She’s only 23 you know.
Aku angguk aje.
“Bukan lawa pun. Gedik je”, dia mencebik.
Aku diam sambil meneguk latte.
You know what? He had the cheek to come home masa dia sakit. Meluat I tengok.”
You tak suka ke dia cari you?
“Habis…dah ada bini baru. Suruhlah dia jaga.”
“Dia prefer you jaga dia kot.”
“Eleh...bila sakit baru nak ingat I.”
Better than dia tak ingat langsung. You tak sayang dia lagi ke?”
Lama dia terdiam.
“Sayang…”, perlahan dia menjawab.
“Kalau sayang kenapa tak make him feel welcomed?
I geram.”
“Tak baik macam tu. Kalau I lah, I’ll just treat him macam mana I sayang dia. Kan bila kita sayang kita selalu nak please orang tu. I akan buat macam tu.”
You senanglah cakap! You bukan ada husband.
“Betul! Maybe sebab tulah Allah tak bagi I jodoh lagi kot”, aku ketawa. But really…I think I’d be able to do that. I pun bukan boleh ada a man around me 24/7. Rimas! I’d be very okay with a part time husband, aku ketawa sakan.
Anyway, you pun selalu complain dulu kan time dia selalu ada kat rumah. You naik rimas nak layan dia itu ini. And you selalu happy je bila dia pi on his one or two-week golfing trips. You selalu cakap you wished he’d go more often. Haa…now God has granted you your wishes, aku mengangkat kening. He’s now away a lot…only it’s not golf but to jaga his wives.”
I think I nak ada affair lah. Tit for tat!
“Dah gila? Nak reserve tempat kat hell ke?”
Be very careful what you wish for. You may just get it! Sayang ajelah. Hormat ajelah. Doa ajelah that everything will work out okay……

Saturday 23 July 2011

POLIGAMI: BERSYUKUR AJELAH :)

Why, babe, aku bertanya when I saw how angry she was.
He wants to marry again. Number 3.”
I nodded. Waited for her to continue.
Young girl. Air stewardess. Ish….geram I! First a GRO. Now this. Takde orang lain ke?”
If orang lain you tak marah?”
Well…at least carilah yang educated sikit.”
What difference would it make?
“Yelah…at least not some dumb blonde air head!
“Dah dia suka yang macam tu. Nak buat macam mana…..”
“Alaa…dia orang tu nak duit dia je. Takkan dia tak sedar?”
Maybe dia sedar? But he doesn’t care. He still gets them, aku senyum.
“Aaaah….takde class!
“Mana you tau?”
How classy can an air stewardess be?
“Jangan judge orang macam tu. Mesti ada something special about her yang dia nak sangat tu…”
“Alah! It’s just the dollar sign yang attract budak tu. Dia tu gemuk, hitam belegam, dah tua, ada penyakit…Siapa in their right mind yang nak?”
You. You still nak dia all to yourself, aku mengusik.
Nak terkeluar biji mata dia merenung aku!
I married him when he was nothing ! Bila dah kaya dia buat perangai.”
Babe….it’s his problem…not yours. Dia still sayang you kan? You’re the one with the Pantai Hills bungalow and 3 continental cars kan? He still pays all the bills and gives you a generous allowance kan?”
“Ya lah….but now I get only 10k a month.”
“Tak cukup?”
“Yelah! Dulu 30k. Now…nak travel pun susah.”
Aku tak tau nak kata apa. You get a helluva lot and it’s still not enough. Susah sangat ke nak bersyukur?Marah husband kahwin because have to share the wealth rupanya…bukan because you have to share him….

Friday 22 July 2011

POLIGAMI: KENAPA MARAH?

“Eeee…. gatalnya dia ni! Dah tua ganyut pun nak kahwin lagi”, dia mencebik kat majalah ditangan dia.
“Salah ke?”, aku bertanya.
“Yelah! Dah ada bini nak juga yang muda.”
So?
“Gatal! Bini dia baik tau. Dia ni pantang je nampak yang dahi licin.”
“Biarlah dia. Dia mampu kan…”
“Memanglah….tapi budak ni muda sangat. Tak padan dengan dia.”
“Habis…kalau dia nak kahwin dengan I yang tua ni you okay ke?”, aku ketawa.
Terdiam dia.
“Okay ke kalau I?”
“Alaa….you bukan nak dia pun.”
Doesn’t matter. Kalau dia nak kahwin yang tua macam I ni okay ke?”, aku terus mengusik dia. So, yang you marah meluat menyampah ni bukan pasal dia nak kahwin budak muda kan? Tapi because dia nak nak kahwin lagi kan?”, aku ketawa lagi.
“Yelah! Sorang tak cukup ke?”, dia membalas dengan muka dan nada mencuka.
“Sebab dia rasa tak cukuplah tu dia nak tambah.”
“Alaa…men ni memang saja gatal. Bila kita dah tua, dia orang nak new model.”
“Taklah. My ex dulu nak aje yang lain eventhough I was young, aku ketawa sakan…seronok mengusik dia.
Ex you tu memang gatal!”
You ni….semua orang pun you kata gatal. I rasa kan if women boleh berpoligami I pun dah ada 4 husbands.”
Dia jegil mata dia kat aku.
Why not? I can love more than 1 man at the same time tau! Eh…you tak pernah attracted to a man ke after you were married?
“Adalah. Tapi setakat minat tengok jelah. Tak take it further.”
Why?
“Eh…you gila ke? I’m married lah!”
“Kita tak pursue because we’re married. Sebab kita tak boleh have more than 1 husband kan?”, aku tersenyum sambil mengangkat kening.
Maybe”, dia menjawab…hesitantly.
“Hahaha….macam tulah juga men. Dia orang buat because dia orang ada option to have more than 1. Kita marah depa because kita takde option tu kot”, aku terus mengusik.
“Alaa….menyampahlah cakap dengan you!
Sometimes I wonder what it is that women hate so much about polygamy…Is it because deep down we hate sharing? Or could it be because polygamy isn’t an option for us?

Thursday 21 July 2011

WHAT'S WITH THE "FU" & "P*K*M*K"??

      Last I checked there are more than 200k words in the English language and more than 90k words in the Malay language. Yet, when people are upset, these 2 words/phrase seem to be the perennial all time favourite. Especially "FU" - even those who can't speak English to save their lives use it!!
      Being the less than sweet natured creature that I am (ehem ehem) I have been at the receiving end of these. Here are my tried and tested responses that have left the utterer totally dumbfounded....and hopefully shellshocked forever ;). However, these responses will only be totally effective if you can remain, cool, calm, confident. Also if you can keep a sweet smile on your face....ie kena cakap dengan "panache" lah....
      When "FU" is sent your way:
1.  Look the person up and down leisurely, then smile sweetly and say, "I don't think so. You're not my type"
2. "I'm fully booked this year. Try again next year"
3. "Ohhh.....this is such a badddd time. I really have to run. Ask me again ya!"
4. "You wish"
5. "Dream on honey"
      When it's "P*K*M*K":
1.  "Hang cakap pasal p*k* mak hang ke p*k* mak aku?" - jangan lupa angkat kening okay
2.  "Kenapa dengan p*k* mak you?"
3.  "Ohhh....another p*k* man" - geleng kepala and senyum


REMEMBER....smile, sweetest tone & 100% panache.....

Tuesday 19 July 2011

BILA SIJEJAKA KATA “BA-BYE”: SURVIVAL GUIDE UNTUK YANG DITINGGALKAN

It has happened to us at one point in our lives…tak kiralah kita siapa…kerani ke, Hollywood star ke, menteri ke, makcik sebelah rumah ke…iaitu…kita ditinggalkan. Tak kiralah apa sebabnya. Yang penting…kita di sini, dia di sana…Apa harus kita buat supaya hidup ni lebih in control?

1.       Menangislah 3, 4 hari ke seminggu ke. Sampai bengkak lebam mata, sembab muka, takde suara. Tapi jangan menangis sampai forever. NB: Jumpa doctor kalau menangis sampai rasa nak gila.
2.       Kalau ada selera makanlah apa saja, bila suka. Makan sambil berdiri depan fridge pun takpe. Cuma jangan terlalu lama buat macam ni – nanti kalau gemuk sendiri juga yang susah. Dah kena beli baju baru bagai!!
3.       Sebutlah nama dia…dengan kawan-kawan yang terdekat aja. Dengan yang lain tu tak payah cerita – takde kena mengena dengan depa pun. Kalau beriya sangat nak cerita dengan strangers, carilah mana-mana  maid Myanmar ke Indon ke – yang tak mungkin kenal dia. Jangan sesekali bercerita dengan maid dia!! Kalau dah sasau, cerita aje dengan doktor.
4.       Tulis surat kat dia on the computer. Tulislah apa saja. Terasa nak maki hamun pun takpe. CUMA…jangan sesekali hantar surat tu kat dia!! Mana tau kot satu hari kita bersaudara. Walaupun bukan jodoh kita, mungkin jodoh adik kita ke, sepupu kita ke….haaaa….mana nak letak muka??!!
5.       Jangan sesekali telefon dia. No! No! NO!!!!!! Ni buat sakit hati aje. Buang segala email, SMS, kad-kad, hadiah dll dari dia.Ops NYAH!!! big time okay! No “ifs” or “buts”. Teddy bear yang ada huge red heart tu pun buang!!
6.       Jangan sibuk-sibuk nak lalu depan rumah dia, ofis dia, tempat-tempat hangout dia. Nanti kalau nampak dia berpegang tangan dengan girlfriend baru dia macam mana?? Lagiii merana….DAH…tak payah cari penyakit tambah penyakit yang sedia ada!!
7.       Ni time hati tengah rapuh. Time kadang-kadang boleh buat benda bodoh…seperti call anak pak lebai hujung kampung yang you reject  2 tahun dulu. Bukan apa…saja nak rasa diri tu masih di sukai/puja/gilai….dah…JANGAN BUAT HAL!! Nanti mamat tu camping depan gate you macam dulu tak ke haru??!! LUPAKAN NIAT NI!!!
8.       Kalau tiba-tiba teringin nak pakai baju dedah sana dedah sini, mekap tebal 2 inci, jalan/cakap gedik-gedik… TAMPAR MUKA SENDIRI!!! Jangan jatuhkan maruah diri.
9.       Selalunya mesti time ni nak dengar lagu sedih, tengok movie sedih, baca/dengar cerita sedih. Saja cari sebab nak buang airmata berbaldi-baldi. Okay aje. Cuma jangan buat lama-lama. Nanti beku pula hati tu asyik dok berhiba aje – susah pula orang lain nak masuk mencairkan hati tu.
10.    Telefon berbunyi!! Hati berdebar-debar. Mungkin dia!! Lupakan…tak mungkin dia. Dia yang tinggalkan you – remember?? Kalau dia call pun sebab dia nak CD Bon Jovi dia balik. Tak payah jumpa dia, tengok muka dia. Tinggalkan aje dengan pak guard (kalau ada guard) or pass kat kawan dia or suruh kawan you tolong masukkan kat dalam mailbox dia. Habis cerita! Muka dia dah tentu tentu ada dalam kepala otak kita….kan….tak tau tahun bila boleh lupa….
11.    Lagi satu pasal telefon ni. Tak payahlah nak check every 30 seconds nak tengok dia call ke tak. Kalau phone tu bunyi kita akan dengar. Tak payah nak genggam sampai kebas jari. Tak payah bawa masuk toilet bagai….
12.    Jangan pergi tempat-tempat yang you selalu pergi as a couple. Pergi tempat lain…tempat yang orang tak akan tanya tentang dia. Kurang sikit serabut dikepala…..
13.    Walaupun rasa macam hati tu dah robek rasa nak mati sekejap lagi, jangan lupa mandi, gosok gigi, shampoo rambut, tukar baju. Jangan terus-terusan bergolek layu atas katil berhari-hari – busuk tau!!
14.    Kalau dia jenis mamat yang suka forward email kat you, suruh dia stop doing that. Tak payahlah asyik nak berdup-dap je jantung tu bila nampak nama dia bila buka email. Lepas tu rasa macam bodoh sebak tak ketawan hala nak hantuk kepala sebab you diantara 40 orang yang dapat email yang sama….
15.    Kalau dia tu famous…whew…payah sikitlah. Muka dia merata-rata di mana-mana…masalah besar ni. Breakup pun satu Malaysia tau. Makcik jual kuih bawah pokok besar tepi bus stop pun tanya. So? Buat dek je. Senyum. Kata, “takde jodoh”. Senyum lagi – biar sampai rasa kebas pipi. Jangan panjang cerita! Gunakan segala cliché yang ada eg “kami tak serasi”….
16.    Kalau dia duduk sebelah rumah pulak – lagi haru!! Minta bos hantar pi outstation buang 2, 3 bulan ke, tukar shift kerja ke…janji tak terserempak tak nampak muka dia buat seketika. Kira-kira sampai perasaan you redalah.

Kira-kira boleh ikut tak ni? If you ada survival tips lain, sharelah ya. Ala ala Wonderpets lah…tolong menolong bekerjasama…..

AKU MASIH SUKA KAMU :)5

                  Kamu datang lagi dalam hidup aku. Tapi kali ini aku terima kamu hanya sebagai kawan lama. Teman tapi mesra? Mungkin. Beberapa kali kamu mencari aku untuk bercerita beramah mesra. Namun aku tak pernah memberi ruang untuk kamu berbicara tentang “kita” kembali bersama. Walaupun beberapa kali kamu mencuba.
    Kerana aku masih rasa yang kamu tetap “kamu” yang dulu. Dan aku tak mungkin boleh hidup sama “kamu” yang begitu. Dan aku tau yang aku tak mungkin akan dapat merubah kamu…..hanya kamu yang boleh merubah diri kamu.
     Lama kita tak bertemu. Dengar cerita yang kamu berkahwin baru. Isteri kamu teman adikku. Kecil sungguh dunia ni. Isteri kamu pernah memberitahu adikku bahawa kamu masih sayangkan aku. Kemudian aku dengar cerita kamu bercerai lagi. Cerita lama, cerita sama. Ini kali yang ketiga.
   Terkejut aku bila kamu mencari aku. Datang kepada aku bertanya khabar. Juga meminta pendapat. Dan kemudian meminta pertolongan. Aku tersenyum dan mengangguk. Aku juga tau diri aku…yang tetap akan membantu jika yang datang itu kamu……….
                 …….kerana aku masih suka kamu :)

Sometimes two people who may be right for each other just couldn't do the right thing......the memory, however, still remains sweet & poignant :)

AKU MASIH SUKA KAMU :)4

                    Tapi aku tau aku dan kamu tak mungkin akan bersatu. Naluriku lebih tau apa yang aku mahu. Dan kamu bukan kehendak naluriku. Aku mahu seorang imam yang pandai mentadbir keuarga. Pandai ilmu agama. Taat mengikut kehendak Yang Esa. Walaupun kamu kaya dengan harta, kasih sayang dan budi bahasa, kamu miskin dengan ilmu dan ketaatan pada Dia. Aku bukan hanya mahukan raja….aku juga mahukan Muhammadku!
               Sampai satu masa aku terpaksa berterus terang. Aku tak boleh bersamamu. Aku tak mampu lagi menadah telinga mendengar cerita yang sama yang tiada titik noktahnya. Tak mampu membendung perasaan. Tak mampu menolak kehendak naluriku. I’m so sorry…..I wished I could.
                 Kita pun tidak seserasi dulu. Kamu pun sudah mula menjauhiku. Kamu memberitahuku yang kamu buat begitu untuk hilangkan perasaan takut kamu. Takut yang aku akan pergi. Takut kamu akan terlepas peluang untuk bersatu denganku. Perasaan kamu berserabut bercelaru kata kamu. Aku terlalu kuat kata kamu. Aku telah menjadi tiang untuk kamu tegak berdiri. Kamu sangat-sangat perlukan aku.
   Tapi aku juga mahukan tiang…dan kamu tak mampu menjadi tiang itu. Aku pergi juga walau hati masih sayangkan kamu. Hari yang aku pergi itu kamu mencari aku. Kita tak berjumpa kerana kamu terbabas dan terlanggar divider jalan. Mujur kamu tak apa-apa.
  Aku menangisi perpisahan kita untuk seketika. Rindukan kamu. Rindukan perhubungan kita. Sehinggalah suatu masa aku mampu tersenyum bila mengingati kamu. 

Monday 18 July 2011

CODE OF ETHICS FOR THE OTHER WOMAN

Face it….if you’re NOT married to the married man you’re seeing, then you’re THE OTHER WOMAN!! Accept it. Live with it. No “buts”!! If being the other woman is your vocation, it would help to observe this code of ethics…

1.       Don’t call/text him. You’re the one “on call”….not him.
2.       You’re his DISTRACTION…not the “main squeeze”.
3.       The wife is the “main meal”. You are “dessert”. Hence, you’re “optional”.
4.       You have absolutely NO rights over him. Remember this: he has NONE over you either. So it’s okay to date other men.
5.       You DON’T OWE him anything. Code #4 applies here as well.
6.       When in trouble/sad/despondent etc, CALL YOUR FRIENDS. He is NOT YOUR FRIEND!!
7.       You may LOVE him. He “LUSTS” you.
8.       Don’t be with a cheapskate. It’s not worth the heartache.
9.       Expect flowers from him on Valentine’s Day (see Code #8). Expect him the day after.
10.    It’s okay to fleece him dry. He’s the one cheating…not you. (yes…”tit” for “t(h)at” applies).
11.    Don’t stalk him, his wife or members of his family. This is so un-cool!!
12.    Don’t call his wife no matter how tempted you may be. You might just be married to him one day and you wouldn’t like this to happen to you – trust me!!
13.    Don’t believe a word he says. He’s a lying cheating jerk…so you think he’d tell you the truth??!!
14.    Spend the holidays with YOUR friends and family. He’ll be doing that with his.
15.    You are the TRAMP/SLUT….not his wife!!
16.    The ring he gives you is a gift. The one he gave his wife is a legal “bond”.

 
Capische?

AKU MASIH SUKA KAMU :)3

                  Coincidentally, masa tu Valentine’s Day….hari untuk kekasih. Kamu kata kamu mahu hidup bersama aku. Tanya samada aku juga mahu sebegitu. Terdiam aku! Entah…masa tu aku tak tau samada aku mahu kamu. Memang aku suka kamu tapi untuk hidup dengan kamu tu aku belum tentu mahu atau tak mahu. Lalu aku jawab kita berkawan dulu…dan tunggu….tengok jika ada keserasian.
                Disinilah titik permulaannya perhubungan hati dan perasaan kamu dan aku. Kita belajar mengenali hati budi masing-masing. Hati kamu yang lembut dan cair. Hati aku yang keras dan beku. Kamu yang sangat romantis. Aku yang sangat praktikal. Kamu yang senang bercelaru dan menangis. Aku yang sentiasa cool dan a shoulder to cry on. Personaliti kita sangat berbeda. Namun ada keserasian.
            Kamu dengan masalah bekas isteri dan anak-anak yang tak sudah-sudah. Aku tukang menadah telinga dan memberi pandangan bila diminta. Membantu bila perlu. Sentiasa dekat denganmu seperti yang kamu dan aku mahu. Kadangkala aku bosan dengan permasalahanmu….yang tiada titik noktah itu. Makin lama makin meruncing. Sehingga aku juga rasa tak menentu…samada aku mahu tunggu atau tinggal kamu.
             Kamu mahu aku jadi permaisurimu. Tapi pada pandangan aku, kamu tak mampu untuk menjadi raja. Kamu tak pandai mentadbir. Kamu terlalu emotional. Kata hati dan kata mulut kamu berbeda! Macam mana mahu menjadi raja. Macam mana mahu menjadi khalifah. Kamu hanya tegas semasa bekerja. Dalam hal mentadbir rumahtangga kamu lemah. Selalu saja tersungkur bila diuji.
             Aku mahu suami bukan anak lelaki! Hatiku yang mula cair itu selalu terasa. Tapi aku tetap denganmu. Tetap menadah telinga. Tetap membantu bila perlu. Tetap taat dengan perasaan suka pada kamu. Lagi susah untuk meninggalkanmu bila keluarga kamu suka sama aku. Aku sayang kakak dan mama kamu. Aku sayang anak saudara kamu. Aku sayang pada kamu!

Sunday 17 July 2011

AKU MASIH SUKA KAMU :)2

                  Bila masalah peribadi ditahap runcing, dua-dua pun menyepi. Tak lagi bertegur sapa beramah mesra. Masing-masing sibuk tenggelam dalam dunianya. Masing-masing sibuk melayan kerjaya. Melayan hati dan perasaan. Masing-masing cuba repair  rumahtangga yang dah retak. Dua-dua pun tak berjaya. Dua-dua pun hidup sendiri tanpa berteman. Masih tak bertegur sapa. Lagi pun dua-dua dah macam jetsetter….sentiasa sibuk terbang merata ceruk dunia kerana kerja. Kesibukan yang menolong meredakan gelora hati dan perasaan.
                Kemudian bertemu lagi. Kali ini dua-dua dah free, tak ada ikatan. Boleh menjalinkan hubungan. Dan kali ini dua-dua pun tak sesibuk dulu. Sijejaka dah jadi bos besar. Yang lawannya pula bekerja sendiri tak terikat dengan masa. Maka kedua-duanya banyak masa untuk bertemu, beramah mesra, bercerita. Lalu mereka pun selalu bertemu, beramah mesra dan bercerita.
           Hatta, terbitlah bibit-bibit cinta. Kamu memulakannya. Semasa pergi jauh bercuti kamu sering menghubungiku bertanya khabar, bercerita biasa pada mulanya. Kemudian bercerita tentang hati dan perasaan. Hinggalah bercerita tentang hati dan perasaan kamu terhadap aku. Mula-mula malu-malu, teragak-agak, tergagap-gagap memberitahu. Kemudian menjadi lancar dan begitu jitu. Yakin yang diri itu mahu padaku.
                Aku pula mula-mula tak berapa nak percaya cakap kamu. Yelah kamu tu bukan kenal sangat siapa aku. Kamu, yang aku tau, memang semenjak dari universiti dulu memang sukakan aku. Suka pandang dari jauh, tak berani mendekatiku. Aku tahu pun sebab kamu yang bagitau. Kawan rapatmu pun berkata begitu. Aku anggap kamu masih mengagungkan aku kerana kamu tak tau siapa aku yang sebenarnya.
              Hari-hari kamu menalipon aku dari UK. Aku kira bil kamu mungkin beribu! Mana taknya….berkali-kali sehari kamu call aku….bercakap hingga lebih sejam setiap kali….selama dua minggu. Bila aku suruh SMS aja, kamu kata itu tak memadai. Kamu nak juga dengar suara aku! Kononnya kamu rindu!

Friday 15 July 2011

AKU MASIH SUKA KAMU :)1

               Kita belajar di tempat yang sama….kamu kenal aku. Aku tak kenal kamu. Sebab itu aku tak cam kamu masa kamu menegur aku di dalam kolam renang itu. Aku cuma boleh senyum dan merenungmu…cuba untuk ingat di mana kita mungkin pernah bertemu.
                Dari saat itu kita menjadi kawan yang mulanya hanya kawan biasa. Kadang-kadang berbicara di talipon. Sesekali keluar makan bersama. Kamu pula mula berenang di kolam itu sama hari dan masa aku ke situ. Selalunya kita makan malam bersama selepas penat berenang. Bukan hanya berdua tapi tetap bersama.
                 Masa itu kita masing-masing sudah berkahwin. Masing-masing ada pasangan sendiri. Tak mungkin akan ada hubungan lain selain dari kawan biasa. Yang pernah pergi universiti yang sama. Mempunyai ramai kenalan yang sama. Ofis pun berdekatan.
            Kemudian kita berdua naik pangkat, jadi begitu sibuk dan jarang sekali berkesempatan untuk bercakap atau bertemu. Bertahun jugalah begitu. Tapi masing-masing tak pernah lupa each other. Tetap tersemat dalam ingatan. Tetap tersenyum jika teringat. Ada masanya terasa nak contact each other tapi nombor talipon sudah bertukar. Tak tahu masing-masing kerja di mana.
               Hinggalah terserempak didepan mata. Pertemuan yang tak di sangka-sangka. Kad bertukar tangan. Mula kembali episod beramah mesra…..walaupun tak kerap tapi tidak pulalah membisu lama-lama. Dua-dua pun tak pernah bercerita tentang hal peribadi masing-masing. Hanya bercerita tentang kerja, kawan, kolej. Borak biasa. Borak kawan lama. Hanya cerita-cerita senyum dan ketawa saja. Tak ada langsung cerita airmata. Padahal dua-dua pun berduka. Cerita sama….keretakan rumahtangga. Dua-dua pun tak pernah bertanya. Yelah…kami kawan lama tapi tak rapat mana pun. Macam mana nak tanya perihal hati dan perasaan. Tak masuk syllabus!

AKU TETAP TAK SUKA KEDAI MAMAK!

             Aku suka roti canai. Tapi aku tak suka duduk makan kat kedai mamak. Aku suka mee goring mamak. Aku tetap tak suka duduk kat kedai mamak. Ironi kan? Snobbish mungkin aku ni. Budak bandar yang dibesarkan di kampung. Masih juga terbiasa dengan benda-benda bandar gamaknya. Tapi kedai mamak ni kebanyakkannya kat kawasan bandar pun. Cuma masa aku kecil-kecil dulu tak banyak ada.
                Aku suka minum teh o ais limau, makan pisang goring, ubi ketok, cucur udang, lempeng dan sewaktu dengannya. Juga suka latte, cuppaccino, cheesecake, waffle, pancake, scones…dan yang sewaktu dengannya. Boleh makan pulut semangkuk terak tapi tak boleh habis sepinggan nasi putih. Suka makan lauk pauk kampung terutamanya yang pedas-pedas. Suka makan western food. Tapi tak berapa suka makan daging. Tak suka tom yam, nasi goring pattaya, kari mamak.
                Aku okay aje duduk bertenggek makan kat gerai-gerai tua separuh tersungkur. Okay aje duduk makan rojak kat tepi longkang besar tepi jalan besar. Suka makan burger tepi jalan. Boleh aja makan keropok lekor sambil berjalan round-round pasar malam. Seronok makan kat restoran tak kira ada star atau tak.
                Tapi aku tetap tak suka makan kat kedai mamak! Aku tak suka bau-bauan kat situ. Mejanya yang sentiasa melekit. Lantai dia…isy….jangan cakaplah. Tak kiralah sekarang dia orang selalu panggil kedai mamak tu bistro ke apa ke. Pekerja dia pula selalunya tak berapa faham cakap kita….lain kita order lain yang datang.  Lepas tu buat muka seposen bila kita complain L. Lagi satu perkara…pekerja dia pun nampak macam melekit aja juga…sama macam meja dengan lantai kedai tu.
                Makanan pula hampir semua warna coklat atau warna oren. Sungguh tak menyelerakan! Sayurnya kadang-kadang sampai tak boleh kenal asal usulnya. Kalau datang malam sikit makanan kat bain marie  (tempat lauk disimpan panas) tu nampak kering tak bermaya. Lepas tu jarang nak dapat roti canai yang gebu. Selalunya liat macam tapak kaki. Sambalnya tak pernah yang cukup masak. Kari pun sama….rempah tak garing betul.
                Kira aku ni akan hanya pergi ke kedai mamak as a last resort lah. Atau bila yang lain tu semua nak pergi sana. Jadi tahan ajelah. Nak kata murah makan kat situ…taklah juga. Tapi kedai mamak dah jadi sinonim dengan kehidupan seharian orang Malaysia. “Jom teh tarik” sama maknanya dengan “lets do coffee”. The fact that kedai mamak buka 24 jam lagi membuatkan kedai-kedai ini popular. Senang…tak payah susah-susah fikir mana nak pergi minum, makan. Sampai terasa pelik pula kalau nak pi duduk minum kat McDonalds pagi-pagi buta pukul tiga.
                Dulu ada jugalah orang buka meja jual nasi lemak, mihun bungkus, minuman lebih kurang tengah-tengah malam. Boleh juga lepak kat situ. Sekarang dah hampir semua kena halau dengan penguatkuasa L. Brother burger pula jarang yang jual minuman. Sebab tu depa JV dengan 7-Eleven kot. Tenggek kat mana ada 7-Eleven supaya orang senang beli air.
                Dulu boleh juga duduk makan kat petromart. Ada makanan dan minuman panas. Ada kerusi meja boleh duduk makan dan bersembang 24 jam kalau nak. Sesetengah stesen minyak tu siap ada tempat lepak kat luar lagi. Siap jual cuppaccino, latte bagai. Ada croissant, pie, hot dog…..macam-macamlah. I miss those days L
                Sekarang tinggal kedai mamak, kedai mamak, kedai mamak! Aku tetap tak suka kedai mamak!

LOVE IS WHAT IT TAKES :)

      I was in a mellow mood when I woke up very early this morning. I had spent almost the entire day sleeping off the effects of the haze and the dust from building works going on at my place. I was groggy, hungry, thirsty and definitely in no mood to be merry.
      I stumbled out of the sofa, walked unsteadily to the kitchen island and reached for a water tumbler. Had my fill of water. Blackie, the stray cat that came and stayed, came and rubbed himself against me. He was obviously hungry. I went to fetch his food, him following my footsteps. Instead of attacking his food as he was wont to do, Blackie nuzzled against me for a couple of minutes....eliciting my first smile of the day. 
     Yea...love shown by a stray that came and stayed was all it took to make me feel a helluva better :) aaahh...it's amazing what love can do....

Thursday 14 July 2011

AKU NAK JADI APA NI?

              Aku nak jadi painter. Nak jadi rockstar. Jadi concert pianist. Jadi al-hafiz. Jadi perempuan Melayu terakhir…….
                Satu pun tak jadi. Aku jadi Ijan…perempuan yang tak berapa Melayu yang tak mungkin yang terakhir. Yang ada orang kata bohemian, hippie. Semua orang agree aku ni unorthodox….no way akan jadi perempuan Melayu terakhir!
                   Macam mana aku nak jadi perempuan Melayu terakhir? Cakap Melayu pun tak betul! Haru aja. Selalu sangat translate from English to Malay…jadi janggal susunan ayat. Rambut pula sentiasa pendek. Penampilan biasaku…jeans and tee. Seorang perokok tegar yang selalu cuba berhenti. Isy…tak mungkin nak jadi PMT (perempuan Melayu terakhir)!
              Nak jadi painter pula harap boleh paint dinding ajelah kot! Or paint the town red…ini aku memang tera buat once upon a long time ago. In my previous life….haha…..Tak mungkin aku akan jadi Van Goh. Forget Van Gogh. Nak jadi Ricky budak Cina yang pandai melukis zaman aku sekolah rendah dulu tu pun tak mungkin!
               Nak jadi concert pianist? Adalah sebulan kot pergi kelas piano  masa kecil-kecil dulu. Sangat membosankan. Asyik nak buat scaling aje sampai lenguh tangan. Entah aku ingat ke tak lagi kat mana middle C…..
                  Jadi rockstar juga impossible. Dulu adalah juga dapat offer jadi penyanyi. Jadi recording artist. Tapi masa tu tengah sibuk bekerjaya. Menyanyi takat suka-suka untuk relax aje. Kira professional karaoke singer ajelah. Kadang-kadang nyanyi live bila mood bagus. Zaman itu dah berlalu. Masih berkaraoke…tapi tak selalu.
               Jadi al-hafiz? Whoooo…tak mungkin dengan otak tua yang dah beku ini! Surah-surah lazim pun tak dapat hafal semua. Takat hafal sekadar cukup syarat dirikan solat aje. Ulang yang sama aje sebab tu yang senang dibuat.
               Fikir punya fikir aku rasa aku hanya boleh jadi an enhanced Ijan. Ijan yang lebih sempurna…dimata penciptanya. Ini aje yang aku rasa aku mampu impikan. Kerana ini tak ada sempadan masa. Tak perlu sijil. Hanya perlu ada kemahuan…..usaha….dan keyakinan.

Sampai mati tak graduate. Sampai mati diberi ganjaran. Sampai mati tak terkilan. Sampai mati diperlukan……..

FREE TUITION :)

**           are u threre?
##           hey!

yup.....right here waiting ;) have got my iPod on, reading & all i hear are song lyrics.....beautiful...those lyrics :)
what's up?

**             Owh, i need to know wether if its rite or wrong. its a sentence. Im hoping for the sunrise. Hope it wont rain tomorrow, metaphorically speaking. Is this right or wrong? The "metaphorically speaking" part. If i'd like to express this indirectly, which mean im hoping for sumthing good, hope it wont turn to sumthing bad. I know this sounds kinda weird to ask. But i really wud like to know. :((

##           metaphor is a figure of speech....it can be mixed, allegory etc. so in yr case....u want to use the sun as yr allegory maybe.....to mean "happy, good etc"

lets take songs for eg....u get phrases like "i wish u a sunshiny day"....so it's understood that u want only good for this person

u used "sunrise"....do u mean the dawn of a new day? or something else?

**             Yes, it's some sort of dawn of a new day. New phase of life :)

##           okay....then phrases like those found in scorpion's "winds of change" would be great :) try also nazareth's "sunshine"....get the "feel" of these lyrics......u could borrow them or concoct yr own

**             owh okay. so it can be use for metaphorically speaking?

##           yes. most song lyrics are good examples of metaphors eg. "izinkan ku mencuri bayangan wajah mu...izinkan ku mencuri khayalan dgn mu"....these are beautiful metaphors :)

##           "We can either make a song and dance about burnt toast and get even more stressed, or we can take a deep breath and put a fresh slice of bread in the toaster."

this is a metaphor. the author isn't talking about burnt toast per se but talking about making the best of a bad situation :)

**             hehe. Thanks a lot for ur help! i gtg now. Thx again ya! Really appriciate it! Mornyte buddy! ;)


Sometimes you get to share knowledge and guide someone on TAGGED. So it’s not all mindless time wasting activities……..

RUMI - REVISITED

I was in my 30s when I discovered Rumi. How fortunate! He led me into a different realm; of seeing The Divine as lover, friend, soulmate. Though at first his poems seem cryptic, sometimes unfathomable (to me), the decades in between have somewhat changed that. 

I don't profess to know Rumi well, much less claim that I fully understand his writings. I only know that there are certain poems of his that I love, the understanding of which deepens and affects me differently as I age along.

Here's my absolute favourite:

      and be completely clear-hearted,
      like the face of a mirror
      that contains no images.
      If you want a clear mirror,
      behold yourself
      and see the shameless truth,
      which the mirror reflects.
      If metal can be polished
      to a mirror-like finish,
      what polishing might the mirror
      of the heart require?
      Between the mirror and the heart
      is this single difference:
      the heart conceals secrets,
      while the mirror does not.

He sure has a way of touching my heart......