Friday 2 December 2011

TAK PERLU KITA MENJADI KHALIFAH

Bila wanita ingin
menjadi khalifah
maka timbullah sifat-sifat “keras”…
keras bicaranya, adabnya…
keras hatinya, jiwanya…
Mana mungkin kita
menakluki hati manusia
bila sebegini rupa?

Mana mampu kita menjadi lelaki
ciri mutlak untuk “khalifah”
Walaupun kita Islamnya teguh
walau beriman dan bertaqwa
walau mentadbir dengan sempurna
walau tiada cacat celanya jasad, hati dan jiwa
walau akalnya, hatinya, jiwanya
SATU!

Wanita…
dijadikan “ibu”
semulia-mulia manusia
Wajib ditaati selepas Allah
Yang makamnya sebelum bapa
INILAH darjat wanita!
yang ditaati sang khalifah
tanpa perlu kita menjadiNYA…

Kita sudah dijadikan
begitu kuat
dalam “kelembutan”
Apa perlu kuasa dunia?
bila syurga di bawah tapak kaki kita
yang bernaung sang khalifah
mencari redha…
TIDAK PERLU MENJADI KHALIFAH!

1 comment:

  1. Selama ini saya menyangka bahawa Tuhan mencipta lelaki dan wanita untuk dijadikan khalifah di mukabumi. Apabila saya berbicara mengenai khalifah bersama kawan, saya bermaksud lelaki dan wanita.

    Hari ini saya dikejutkan dengan pengalaman baharu, khalifah hanya untuk lelaki?

    Benarkah?

    Mungkin yang dimaksudkan oleh penulis ialah ketua atau ketua kerajaan atau pemimpin seperti ahli parlimen atau ahli dewan. Tetapi saya masih berpegang dengan khalifah yang bermaksud pengganti.

    Sebagai pengganti, Adam a.s adalah pengganti makhluk sebelumnya untuk memakmurkan bumi. Kita adalah pengganti-pengganti orang sebelum untuk memakmurkan bumi. Isteri adalah pengganti suami untuk menguruskan rumahtangga ketika suami bekerja, dan sebagainya. Suami dan isteri adalah pengganti-pengganti (khalifah) bagi membina keluarganya, membina masyarakatnya, membina negaranya bersama-sama khalifah-khalifah yang lain bagi memakmurkan mukabumi mengikut acuan Tuhannya.

    Begitulah alasannya mengapa saya masih berpegang bahawa lelaki dan wanita telah dijadikah khalifah oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk memakmurkan mukabumi mengganti khalifah sebelum ini iaitu golongan jin.

    Minta tunjuk ajar.

    ReplyDelete