Tuesday 25 February 2014

Anda mahu berkongsi idea, pengalaman, cerita anda dengan orang lain?

Boleh saja kalau anda mahu.
Tepuk dada tanya selera.

Hantarkan cerita anda ke CK Publication (002303577-D).

Yang penting, cerita anda bukanlah sekadar
cerita-cerita kosong sahaja tetapi ada pengisian.

Syarat utama, cerita anda mestilah ada nilai moral positif yang boleh menaikkan semangat pembaca.

CK Publication mengalu-alukan cerita-cerita tidak kira genre yang mampu membuatkan orang menangis, menegakkan bulu roma, ketawa seikhlas hati juga menginsafkan. Tidak kira peringkat usia, tidak kira bangsa, tidak kira latarbelakang, tidak kira tahap pendidikan, asalkan anda ada cerita menarik, hantarkan manuskrip anda ke CK Publication di ceritakosong@gmail.com.

Hantarkan sinopsis cerita anda berserta 5 bab terawal dan 3 bab terakhir. Jangan lupa untuk menyertakan butir-butir peribadi anda juga!

Maklumat penting, karangan anda hendaklah lebih kurang dalam 350 pages A4,
font calibri size 12, double spacing, indent yang standard. Jarak antara perenggan, 2 indent. Jarak antara separator dalam bab, 3 indent. Setiap bab, mulakan di muka surat baharu.


No comments:

Post a Comment