Wednesday 10 October 2012

Sudah2lah.... :)

aku melihat dia
begitu bersungguh mengejar dunia
banyak sudah dia ada
masih kurang juga dia rasa..........

      Dari muda memang macam itulah dia...sentiasa berusaha mempertingkatkan taraf kehidupan dia. Masa dia muda2 dulu, semua bangga tengok dia begitu cekal dan tak reti penat lelah cari makan. Sampailah dia kaya. Kaya semasa masih lagi muda. Ramai kawan dia. Yang takde kena mengena pun mengaku sedara. Jumpa sekali pun ramai yang dah mengaku "lu gua punya braderrr...forever....".

      Dia pun senang aje percaya. Kembang dengan segala kata2 halwa telinga mereka2 ni. Bila kawan2 yang setia masa sama2 susah dulu tegur lebih kurang supaya beringat...huish...langsung putus sedara! Mana boleh nak percaya...dia orang ni semua "jealous" aje! Dia lupa....

kasihan dia
berkejar2, terkejar2 merata2
mencari entah apa2
hingga ke senja usia...........

      Sekarang dia dah tua. Dah dimamah usia. Tapi dia tetap sama macam masa muda...masih dengan lagak dia. Yang sedihnya dia dah tak ambil kira halal haram bila berusaha. Janji "maintain" kaya. Sekurang2nya nampak macam kaya pun okay aje. Tak kiralah siapa dia pancung - brader ke, sedara ke, keluarga ke..... Janji dia tak apa2. Janji tetap kaya juga. Janji dapat syurga dunia!

      Dia tak pernah nak ingat bab2 mati. Bab2 nanti nak kena menjawab tentang segala apa yang dia buat. Yelah...Tuhan bukan dia boleh nampak pun. Azab kubur, azab neraka tu cerita aje. Bukan ada orang yang dah mati datang balik nak bagitau keadaan kat sana tu. Kawan2 sekeliling pun specie sama - semua jenis lupa. Specie hamba duit, hamba dunia.

berhentilah......
bersyukurlah.....
cubalah muhasabah
cari dirimu yang sebenar

lama sudah kau berkejar terkejar2
tinggallah dunia ni...ia hanya ilusi bikin hati beku mati!
cubalah pulak cari jalan ke si Pemberi

      Dia takut! Dia tahu dia dah banyak buat dosa. Walaupun dia takkan mengaku depan kita. Tak siapa suruh mengaku pun. Pergi ajelah mengaku dengan Allah ta'ala. Siapa pun takkan tau. Masalahnya dia pun tak nak mengaku dengan diri dia...yang dia memang dah buat banyak dosa. Semuanya salah orang. Orang aje yang aniaya dia. Parah!

      Sampai bila nak macam ni? Sampai mati? Sudah-sudahlah tu....... :)

1 comment: