Monday 24 June 2013

Golongan yang berpegang hanya pada al-Quran....

          Kebelakangan ini saya terdedah kepada golongan yang hanya berpegang kepada al-Quran. Bukan ini sahaja, malah mereka kata tidak perlu merujuk kepada kitab tafsir muktabar untuk memahami isi kandung al-Quran. Menurut mereka terjemahan itu sudah cukup jelas.
          Berkerut dahi saya. Okay, mungkin saya ini memang jahil bahasa. Sebab bila saya baca terjemahan, banyak yang saya tak faham. Tak kiralah samada terjemahan dalam bahasa Melayu atau Inggeris. Bila rujuk kat kitab tafsir baru jelas. Itu pun adakalanya tetap kena tanya juga kat orang lain sebab tak berapa nak faham! Nasiblah ada ramai kawan2 yang berilmu yang rajin pergi kuliah agama dan tak tamak ilmu. Alhamdulillah :)
            Saya tertanya2 macam mana golongan yang tak merujuk hadith ni beribadat. Macam mana dia orang nak tahu cara2 solat, puasa, zakat, nikah kawin dan sebagainya.
            Dia orang tak mengaku status nabi dan rasul ke? Tapi kan dalam al-Quran ada sebut yang kita kena taat kepada Allah dan Rasulnya. Hmmm....jadi kalau tak terima hadith macam kita tak terima apa yang Rasul kita cakap dan buatlah kan? Jadi apa yang golongan ini beranggapan tentang nabi dan rasul?
            Golongan ini semakin hari semakin ramai. Kebanyakannya dari golongan educated dan profesional. Mereka2 ini saling memperkuatkan hujah2 satu sama lain. Mereka sangat mengagungkan hukum akal/logik. Sangat liberal dan kebaratan. I somehow imagine them discussing religion over latte and creme brulee at popular hangouts. 
            Kadang2 saya rasa ideologi ini telah menjadi trendy. Mungkin sebab agama telah dipermudahkan kepada tahap "percaya" aja. Tak payah sibuk2 kena buat. Tak payah rituals yang melecehkan hidup.
            Which begs the question...percaya pada apa? Percaya pada Allah tapi tak payah ikut perintah Allah seperti yang Dia turunkan kepada Nabi2 dan Rasul2nya? How is that? 
            Ada yang kata solat itu ialah being a responsible human being ie doing good. Ada yang kata tak payah tutup aurat sebab dalam al-Quran tak ada cakap pun kena tutup kepala dll. Dia orang kata dalam al-Quran hanya sebut untuk melabuhkan kain melepasi dada.
            Ooookay....apa logiknya melabuhkan kain melepasi dada jika tak payah tutup kaki tangan?
            Teringat kat seorang kawan yang mengikut ajaran tersalah alignment beberapa tahun dulu. Bila bab solat, puasa, naik haji...semua pakai niat aja. Jenuh kita cakap yang Rasulullah sampai time hampir wafat pun solat lagi. Dah tentu2 neraka tu haram baginya. Ini pula kita yang tengah solat pun minda siap terbang ke angkasa lepas!
            Memang fitrah manusia nak cari yang senang yang shortcut. Semua nak yang instant!
            Kalau mereka2 ni buat aje sendiri rasanya okay juga lagi. Tapi dia orang recruit orang untuk ikut mereka. Mat kawan saya dulu tu nak recruit saya yang dianggap a good candidate sebab dia tengok saya santai aja dengan rambut berwarna-warni, tak tutup aurat, hisap rokok. Saya tanya dia kenapa dia tak cuba recruit kawan baik saya yang cukup time solat tu. Dia diam aja.
            Saya observe mereka ni. And I came to the conclusion that they all want to believe in a higher being. They want to embrace a religion. But they want a customised-to-their-needs religion. Agama yang tailor made to fit their lifestyles, their beliefs. Mereka tak suka diperintah2, disuruh2.
            Kesian mereka. Must be exhausting....refuting the truth.............

No comments:

Post a Comment