Sunday 6 October 2013

Aku lupa dia "Teenager"......

            My bad! Aku betul2 terlupa yang di depan aku ni is a teenager trapped in an adult's body. Kesian dia!
            Aku lupa yang golongan remaja menganggap setiap masalah yang melanda mereka merupakan masalah yang paling kritis dan berat di dunia. Lebih berat dari kemelut gabungan Syria, Palestin, Rohingya, Mesir.
            Aku lupa that to a teenager, dunia harus berhenti dan tumpukan sepenuh perhatian kepada setiap permasalahan mereka. Tak kira bila dan di mana kita.
            Aku lupa bahawa remaja hanya mampu fikir tentang diri mereka saja. Bagi seorang remaja, dia saja yang terpenting dalam hidup dia. Orang lain diwujudkan hanya untuk akur kepada kehendak dia.
            Aku lupa sang remaja tidak mampu [atau tidak mahu?] fikir tentang perasaan dan kehendak orang lain. Bahawa hanya mereka saja yang tahu betapa sukar dan sulitnya permasalahan mereka. Mana mungkin orang lain faham atau pernah lalui keadaan sama dengan mereka.
            Aku lupa that a teenager always feels yang dia sangat2 dizalimi oleh orang2 yang menyayangi mereka. Yang orang2 ni sebenarnya hanya suka mengongkong dan tak mahu lihat mereka bahagia.
            Aku lupa yang remaja hanya akan buat apa yang mereka suka. Pada bila2 masa yang mereka suka.
            Aku lupa remaja tak suka ditegur, dinasihati. Mereka saja yang betul dan paling pandai dalam dunia. Bahawa orang2 tua semuanya kolot dan bodoh tak faham bahasa.
            Aku betul2 lupa!
            Aku lupa bahawa sang remaja itu tahu dan yakin tentang hala hidup mereka. Walaupun pada pendapat aku, akal si remaja hanya panjang sejengkal.
            Aku lupa bahawa seorang remaja selalu menganggap diri mereka sudah dewasa. Walaupun mereka masih perlukan orang lain untuk finance their lifestyle.
            Aku lupa yang remaja mana mampu berfikir panjang dan melihat hidup dari perspektif berbeza. Tak tercapai akal mereka.
            Aku lupa hidup seorang remaja is one drama after another. Setiap situasi perlu dijadikan sensasi. Cara mereka untuk meraih perhatian dunia.
            Aku lupa remaja tak berapa gemar mendengar tentang agama. Pada mereka mati itu jauh dan agama untuk masa tua.
            My bad!
            My bad!
            My bad!
            Tiba2 aku rasa letih. Letih melayan kerenah remaja. Terasa letih berbulan2 mendengar. Terasa sia2 kering air liur memberi pendapat dan nasihat.
            Memang betullah orang kata yang bila dah tua2 ni jadi lebih sensitif. Terasa pula tak dihargai.
            So....maybe I should just tell her to come back when she's all grown up and an adult - if she wants to talk on "serious" matters. Setakat nak layan isu2 teenager...okay aja bila2 pun in syaa Allah.
            In the meantime, aku titipkan doa untuk si "teenager" semoga dia cepat dewasa dan berupaya untuk membuat pilihan2 yang terbaik untuk diri dia :)

No comments:

Post a Comment