Wednesday 27 February 2013

The flip side of being covered....

          Kita selalu sangat dengar tentang kisah orang yang berhijrah ni menjadi mereka yang gemar sangat menghukum, memandang serong kepada yang tidak berhijab dan sebagainya. Okay, disini saya nak bercerita tentang diri saya yang di"hukum" gara-gara berhijab ni. Tapi bukan kisah sedih pun.....
          Oleh kerana saya ni rocker, hisap rokok, extrovert, dan dianggap weird, hidup menjadi sangat kelakar bila saya berhijrah.
          "Ya Allah, Ijan! Is that really you??!!", adalah respon yang paling selalu saya terima. Sampai sekarang pun bila terserempak dengan kawan-kawan yang dah berkurun tak jumpa. Terasa macam saya ni tiba-tiba dah jadi holy pada mata mereka. Kenapa dia orang ni terperanjat beruk? Sebab saya ni sekali aja pakai hijab tanpa abaya [jubah kata kita kat sini]. Tiba-tiba orang tengok Ijan yang overnight pakai jubah, tudung labuh, stokin kaki, stokin tangan. Mereka hampir pengsan. Minah yang uniformnya jeans and tee, yang selalunya selekeh santai aja, tiba-tiba transform jadi ala-ala muslimah sejati! Dan ramai diantara makhluk-makhluk Allah ni yang expect saya berperangai seperti tokoh-tokoh muslimah tegar. Aduhaiiiii........
          Maka bermulalah sesi saya di"hukum"..........

~~~"You mean you're still smoking? You kan dah berjubah". Huh?? Ingat senang ke nak berhenti merokok?? Jadi bila saya kata, "Have you stopped eating rice?", kepada mereka-mereka yang cuba ber-diet tu, depa jegil mata kat saya. Depa jawab, "Gila you!". Saya jawab, "Ditto", dengan senyuman paling manis, paling menawan.
~~~"Eh you tak pergi sembahyang terawih [kat masjid/surau]? Kan you dah ber-jubah". Huh?? Cubalah kata bila solat kat masjid/surau tu dapat dengar tazkirah ke. Dapat dengar qari baca Quran dengan merdu sekali ke. Kira dapat bermacam-macam benefit lah. Masa saya tak "pakai tudung" dulu, takde pulak depa terperanjat saya solat terawih kat rumah aja.
~~~"You dah join tabligh ke?" - ini soalan cepumas! Sebab saya suka pakai serba hitam. Actually masa zaman rugged santai dulu pun, saya memang selalu pakai baju warna hitam. Memang favourite colour pun. Takde pulak orang tegur kata saya "Gothic" ke, "Black metal" ke......
~~~"You sekarang sure tak nak join kita orang lagi kan". Ini biasa sangat saya dengar. Macamlah tiba-tiba saya ni hilang selera nak pergi makan dengan dia orang. Macam saya tiba-tiba tak suka nak dengar cerita-cerita dia orang. Macam saya akan censor percakapan dia orang dengan mengeluarkan nas dan dalil. Alahaiiii......depa ingat saya ni dok membilang biji tasbih sepanjang hari ke? Atau dah hafal kitab Al-Uum Imam Shafi'i ke?
~~~"You ni semenjak berhijrah ni asyik duduk rumah aja. Susah sangat nak ajak pergi mana-mana". Mak aiii....memang sejak azali pun saya ni memang senang keluar dengan orang-orang yang saya rapat aja. Kalau tak rapat tu, memang susah sikit. Dan saya ikut instinct saya - jika rasa tak sedap hati, jangan haraplah saya nak keluar dengan orang tu. Cakaplah apa pun!
~~~Tapi yang paling parah ialah bila segala yang keluar dari mulut saya, banyak yang disalahertikan sebagai menghukum mereka. Walhal saya hanya membuat observation yang memang saya suka buat pun bila saya terfikir sesuatu semasa/selepas membaca buku, menonton filem/drama, melihat manusia sekeliling dll. Totally innocent takde agenda pun. Yang memang dah berdekad menjadi tabiat saya.

          Tulus ikhlas saya katakan bahawa saya ni biasa-biasa aja. Yang tetap sering merasa begitu beratnya nak "amar ma'ruf nahi mungkar". Yang tercungap-cungap nak cuba jadi sempurna. Yang selalu juga tersasar, terbabas, tergolek, terguling. Yang merasa menukar cara berpakaian tu adalah yang paling mudah sekali untuk saya buat masa ni. Sebab saya tahu saya serba kekurangan. Tak mampu nak solat sunat berpuluh rakaat setiap hari. Tak mampu nak khatam Quran setiap dua minggu. Tak mampu nak pergi kuliah lima kali seminggu. Tak mampu nak berzikir beribu-ribu setiap hari. Tak mampu nak baca buku-buku agama saban hari. Pendek kata, banyak bendalah yang saya masih tak mampu nak buat.
          Jadi, saya takde masa nak menghukum orang. Dan saya pun memang takde tabiat ni dari dulu lagi. Tapi jika ada yang terasa hati sebab berfikir saya ni menghukum mereka, saya minta maaf sangat-sangat. Minta maaf sangat-sangat...............

2 comments:

  1. Saya pun kekadang ada masaalah gak macam akak ni kak..tapi saya buat tak tau jer...saya buat apa yang mampu saya buat dan niat KERANA Allah saja. Saya tak buat untuk tayang kat orang lain..nak impress orang lain semua...yang penting saya tak ganggu orang ...jiwa kacau kalau dapat kawan mulut nya asik nak membetul kan kita saja...
    Take care kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, dik. Memang susah ya nak cuba jadi lebih baik. Kakak senyum aja. Kita memang takde kuasa nak control perasaan orang pun kan. Kakak doakan hidup adik sentiasa nyaman... :)

      Delete