Friday 10 February 2012

Merapu


Anak,ibu atau bapa?

Kita semua secara umumnya sejak dilahirkan akan mendapat satu pangkat atau jawatan yang digelar “anak”. Kalau ikut standard English jawatan tersebut  akan diwakili oleh istilah yang lebih detail iaitu “son” or “daughter” yang secara direct translation membawa maksud “anak lelaki” atau “anak perempuan”. Dan part yang bestnya ialah jawatan ini kita akan pegang  sampailah kita mati. Tiada istilah “resign” apatah lagi “pencen” jika mencecah umur 60. Tidak kira sama ada ibu bapa kita masih ada atau tidak,pangkat tersebut sama sekali tidak akan terlucut pada setiap individu. Seterusnya sebahagian besar dari kita akan menempuh satu lagi fasa yang melaluinya kita akan mendapat pangkat “ibu” atau “bapa” (erk…actually ada lagi pangkat sebelum tu iaitu = suami/isteri,tapi malas nak highlight sebab saya belum kahwin..)

Seperti yang kita sedia maklum, setiap jawatan atau pangkat yang dipegang akan datang dengan senarai tanggungjawab atau Job Descriptions (JD). Jadi kalau ikut law memang kita semua ada tanggungjawab yang perlu dipikul sama ada sebagai anak atau ibu bapa. Disini saya bukannya berminat untuk kupas perihal tanggungjawab tersebut yang mana memang dah berlambak sangat sumber yang menyentuh hal ini. Saya cuma ingin bertanya,berdasarkan realiti, dari perspektif mana kita melihat “nilai” anak atau parent ini? Dari sini kita akan mendapat dua nilai, iaitu nilai dari segi kemanusiaan (humanity values) itu sendiri dan nilai sebagai seorang islam. Kita ambil realiti hari ini didalam budaya kita di Malaysia, segelintir dari kita hanya melihat nilai anak itu sebagai “tanggungan” yang mana kita perlu sediakan segala keperluan mereka yang mencakupi tempat tinggal,makan minum,pendidikan dan kemudahan2 lainnya sesuai dengan kehendak mereka & kemampuan kita. Perlu diingat,yang tanggungan itu merupakan satu “liability” kepada kita .Alhamdulillah , di negara kita , rata-rata penjawat jawatan “anak” boleh menjejakkan kaki ke sekolah, bermula dari zaman kanak2 riang yang mengunyah coklat kinder bueno di kindergarden hinggalah ke zaman percintaan ombak rindu muda-mudi di IPT. Si bapa siang malam membawa teksi bermeter jenama Proton mencari pelanggan demi membayar yuran semester si anak sulung yang sedang belajar hotel & katering di University of Nottingham . Di rumah pula si ibu sanggup bersengkang mata menguli tepung untuk membuat kuih untuk dijual, hasil jualan dikumpul saban hari untuk membeli handphone terkini model Samsung Galaxy Tab dengan harapan untuk buat “surprise” kat si adik yang mendapat 4A 5B dalam SPM (contoh). Pendek kata,tak kira kaya atau miskin dari kecil sampai besar, cukup besar kita berkorban demi mereka.Persoalannya, apa yang kita harapkan dari anak-anak kita ini?apakah hanya untuk melihat mereka menjadi seorang Arkitek?Doktor pakar sakit puan? Profesor?.Eh! rupanya kita hanya tekankan mereka dari segi akademik,kita boleh buat tak nampak anak gadis kita keluar pergi tuisyen pakai mini skirt, kita boleh tutup mata tengok anak lelaki kita terlajak solat kononnya buat study group kat restoran Secret Recipe.  Kita pandang remeh aspek akhlak.kita buang nilai agama. Anak gadis kita tu bila ada orang tegur “eh,mak awak tak marah ke pakai macam ni?”. Dia selamba jawab “Mama I open-minded, mama lah yang tolong pilih skirt ni”. Anak ni lah yang kita bangga sangat dengan jiran yang kononnya pelajar cemerlang dapat offer further study kat oversea. Scholarship sana sini. Ni ke yang kita NAK?sayang betul kita kat anak2 sampaikan dosa mereka pun kita nak tanggung.kita tinggalkan persoalan tu kat sini..

Kita lihat dari sudut pandang yang lain.Sebagai orang  melayu yang cukup sinonim dengan nilai Islam , sudah tentu kita aware yang anak itu adalah AMANAH dari Allah dan dalam islam konsep anak tu bukannya tanggungan tapi “investment”. Kita lupa,Kita bukan hanya membesarkan seorang MANUSIA tapi kita membesarkan seorang MUSLIM.Jadi sebagai seorang Muslim,  yang kita betul2 harapkan ialah supaya anak itu membesar menjadi seorang INSAN yang bertaqwa. Islam itu adil , tidak mengapa jika kita tidak mampu untuk membawa mereka ke kolej dengan menaiki BMW 7 series, yang menjadi persoalan apakah kita mampu memimpin mereka berjalan di atas jalan menuju ke SYURGA?. Tidak mengapa jika anak kita gagal subjek fizik asalkan mereka lulus dalam subjek “Akhlak”. Kerana kita semua telah pun beriman kepada Al-Quran yang mana didalamnya terdapat firman Allah :

“ Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya..” – Surah Taha 20 : 132 –

Masa mereka kecil kita selalu berpesan “jangan main tengah panas”. Sayangnya kita kat mereka sampai takutnya mereka jatuh sakit terkena teriknya matahari. Tapi takut ke kita akan api neraka yang akan menjamah tubuh mereka kelak?kita lupa firman Allah :

“Wahai orang yang beriman , peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada seksa api neraka… “       -Surah Al-Tahrim 66 : 6 –

Walaubagaimanapun ini bukanlah bermakna aspek2 lain tu perlu kita abaikan terus,bukanlah bermakna kita menidakkan kepentingan akademik itu sendiri . sekadar hanya perlu “re-setting” kita punya mindset untuk meletakkan “first thing first”.perlu lebihkan penekanan kepada benda yang bersifat “priority”. Sayang antara ahli keluarga tu bukannya kita bagi mereka “benda yang nampak”.bukannya dengan bekalkan mereka dengan aset duniawi yang mana bila sampai masanya,aset tersebut tidak memberi sebarang manfaat lagi. Sedangkan aset yang sebenar-benar “aset” kita “terlupa” untuk bekalkan kepada mereka. Kita tahu mana yang salah mana yang betul,kita tahu apa yang halal apa yang haram tapi kita taknak sampaikan kepada mereka. Kita  jadi “selfish” tanpa kita sedar.

Bagi seorang anak, dari kecil sampai besar kita mendapat kasih sayang yang melimpah dari ibu bapa, segelintir kita belajar bersungguh-sungguh dengan harapan untuk membalas jasa mereka. Kita berjaya mendapat kerjaya yang bagus , kita berjaya menjawat jawatan yang penting , kita berjaya meraih pendapatan yang lumayan. Persoalannya apa yang kita nak bagi kepada mereka sebenarnya??habis yang tak pandai belajar, yang sekadar kerja kampung, yang tiada kelulusan..apakah mereka ini tidak layak atau tidak mampu untuk membalas jasa kedua ibu bapa mereka? Kat sini datangnya konsep berbuat baik kepada ibu bapa didalam Islam tu. Berbakti dengan kedua tangan kepada mereka, bagi layanan yang baik dan yang paling penting DOAKANLAH kesejahteraan mereka.

Telah datang seseorang menghadap Nabi S.A.W untuk meminta izin pergi berjihad. Baginda lalu bertanya “apakah kedua orang tuamu masih hidup?” dia menjawab “ya,masih hidup” . lalu baginda bersabda “berjihadlah engkau disisi keduanya (berbaktilah kepada mereka)” – Hadis Riwayat Bukhari & Muslim –

Berdasarkan hadis ni adakah kita nampak nilai berbakti tu? Besar manakah darjatnya? Mak kita kat kampung tu bukannya harap sangat kita belikan mereka TV LCD 42” Panasonic (flat screen) tu. Mak kita tu bukannya kaki sinetron duduk menghadap TV 24/7 . dalam hati kecil mereka hanya mengharapkan DOA dari anak-anak. Bapak kita tu bukannya nak sangat Massage Chair keluaran Gintell yang boleh adjust “angle” tu (kita tak tau yang abah kita tu lebih prefer traditional massage dari mak kita pakai minyak kambing gurun). Dia hanya mengharapkan bila dia didalam kubur nanti sentiasa ada “extra light” yang tidak putus2 dari kita semua. Senang kan? Tak payah jadi Engineer pun boleh berbuat baik. kalau dah teruk sangat pun tak dapat nak buat, sekurang-kurangnya janganlah jadi DERHAKA.

Dan jika kita fikir betul2, kita buat semua tu bukannya hanya  sekadar kerana kedudukan kita sebagai anak atau ibu bapa semata-mata. Tapi ada pangkat yang paling besar kita jawat sebagai seorang Muslim iaitu pangkat “HAMBA”.Wallahua’lam.

- Freestyle Artikel ini hanya sekadar peringatan kepada diri sendiri oleh penulis.-



1 comment: