Monday 6 February 2012

fahamlah...

kawan
aku dengar bicaramu
aku faham tujuanmu
terima kasih ingin membantu
dan sentiasa akan aku
dengar, faham, berterima kasih kepadamu
tapi kawan
kamu harus tahu
aku juga ada caraku
untuk ke tempat yang ingin ku tuju
sesungguhnya kau dan aku
ingin ke situ
ingin memasuki salah satu
dari seribu pintu
cuma...jangan berkeras untuk aku mengikut rentakmu!
langkah pendekku tak mungkin mampu
menyaingi langkah panjangmu
dan aku bukan bertanding denganmu
pertandinganku hanya antara aku dan diriku
dan apa jua perbuatanku
bukan kerana kamu
semuanya untuk aku...kerana Tuhanku..... :)

No comments:

Post a Comment