Wednesday 15 February 2012

Kita yang berkata..



Kita yang berkata


sebahagian kita....

duduknya bersilang kaki
di tempat kononnya bertaraf tinggi
meneguk air emas,berbakul disaji
lalu bangkit,hanyut di lantai tari
kata mereka..
"sekadar entertain client,demi sesuap nasi"
hukum diletak tepi.....

sebahagian kita

gayanya seperti puteri
kononnya model sana sini
berpakaian seksi ,walaupun nama berbinti
anehnya ada yang bernama "siti"
awalan suci isteri nabi
agak terasa mencuit hati
tapi kata mereka..
"ini semua fesyen terkini , kamu jangan busy body"
syariat dipandang sepi....

sebahagian kita

perempuan dijadikan koleksi
usia separuh abad masih mencari geli
kehulu kehilir berkepit,umpama muda-mudi
sedang dirumah empat anak,seorang isteri
kata mereka..
"lelaki tak cukup hanya dengan bini"
mereka lupa halalnya poligami...

sebahagian kita

berjiwa besar,bercita tinggi
ingin menjadi doktor atau menteri
rajin menelaah layak ke universiti
Alhamdulillah,hingga sampai ke luar negeri
namun kembali lesap identiti
budaya baru memusnah pekerti
kata mereka..
"this is hippie , you don't know??orang kampung is so funny"
budaya sendiri diperli...

sebahagian kita

bermesyuarat sebulan sekali
katanya masalah sekitar menjadi isi
rupanya kerana kepentingan sendiri
berebut tender untuk kroni
kemungkaran tidak lagi dipeduli
pusat maksiat subur disirami
mereka lupa, kewajipan itu tidak berparti
kata mereka..
"halal haram bukannya disini , kena melihat kepada realiti"
tiada lagi islamisasi....

sebahagian kita

hidup diatas kaki sendiri
sekadar mencukupi setiap hari
buang segala agenda peribadi
tidak pernah mengadu simpati
juga tiada gundah di hati
kata mereka..
"yang penting iman & taqwa dijaga rapi..insyaAllah adalah rezeki"
hamba sejati...

sebahagian kita

rumah ibadat masa diisi
seluruh anggota menyembah ilahi
tidak hanya berzikir mengaji
sentiasa berpegang pada janji
tanya mereka..
"bukankah kita semua akan mati?menunggu masa untuk diadili?"
Astaghfirullah...sesungguhnya kita semua telah bersaksi!



- Bukan sekadar nukilan dari ilusi...Buka mata lihatlah realiti... -

5 comments:

  1. semua tahu...cuma tak berapa nak ambil tahu...well said, wind! :)

    ReplyDelete
  2. ijan... thanx for sharing ..... im guilty in many ways - will work at improving ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's the best we can do, chu...improve...lets doa for each other :)

      Delete
  3. Is this written by u? Great one! Like it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. fateen, ni anak angkat mummy yang tulis. i like it, too! :)

      Delete