Sunday 12 May 2013

Mari berbicara tentang C.I.N.T.A.........

          CINTA. Anugerah Allah swt kepada setiap insannya. Memang diwujudkan didalam hati kita. Terpulang kepada kita samada mahu memberinya. Atau hanya menerima saja. Atau tidak ambil tahu langsung tentang memberi mau pun menerima. Terpulang pada kita membuat pilihan. Dan ini salah satu cara Allah swt menunjukkan cintaNya kepada kita. Dengan sentiasa memberi kita pilihan. Walaupun kadangkala pilihannya mungkin tidak banyak. Mungkin hanya "ia" atau "tidak". Namun kita tetap diberikan pilihan.
          Islam itu berkisar disekitar CINTA. Cinta kepada Sang Pencipta. Cinta kepada Rasul2 dan Nabi2Nya. Cinta kepada ibubapa. Cinta kepada sesama manusia. Tanpa mengambil kira keturunan, bangsa dan agama. Cinta kepada segala apa yang dianugerahkan kepada kita - pemandangan indah, ilmuNya dll.
          Namun kita sering tersasar dalam mencurahkan cinta. Lebih memberi cinta kepada manusia, hartabenda, hobi dan sebagainya. Kenapa ya? Pasti kita semua sudah lali mendengar dialog2 cinta dan babak2 hidup yang sebegini:

     1)   Aku mencintainya sepenuh hati. Tanpanya aku rasa hidup ini tanpa udara. Dia udaraku!
     2)   Anang dengan "separuh nyawaku pergi....."
     3)   Bon Jovi dengan, "I'll live and I'll die for you, steal the sun from the sky for you...."
     4)   Crocodile Hunter mati disengat pari kerana cintanya kepada alam semulajadi
     5)   mereka2 yang sanggup berbelanja berjuta2 untuk koleksi lukisan dll

          Semua pun kerana cinta. "Cinta agung" kata mereka. Mungkin di sinilah permulaan kisah penasaran manusia. Cinta yang diberi tidak kena dengan tempatnya.
          Aku seorang pencinta buku. Bolehkah aku hidup tanpa buku? Sememangnya amat sukar sekali. Tapi akan lagi susah hidupku tanpa mata dan penglihatan!
          Kita disogokkan dengan pelbagai epik cinta: Laila Majnun, Romeo Juliet, Rama Sita diantaranya. Ada yang sanggup mati kerana cinta. Ada yang jadi gila kerana cinta. Ada yang tinggal sanak saudara kerana cinta. Ada yang sanggup membunuh kerana cinta. Cerita2 cinta romantis/tragik sesama manusia ini banyak sekali diketengahkan sehingga kita jadi terbiasa equate cinta dengan romantic love. Cinta yang penuh dengan bunga, coklat, ayat2 asyik masyuk, lagu2 leleh, candlelight dinner dll. Cinta yang penuh dengan Valentine's Day dan pelbagai mementos untuk meyakinkan pasangan kita. Cinta yang sangat melalaikan dan membuat kita lupa bahawa kita ini dihidupkan di dunia supaya kita belajar mencintai Dia. Yang tak perlu diberikan bunga, coklat, puisi, cincin.
          Dia yang begitu hebat sekali. Yang memberikan kita segala apa yang kita perlukan untuk senang mencintaiNya. Memberi tanpa mengira samada kita akan mencintaiNya atau pun tidak. Tetap juga memberi walaupun kita sering lupa, sering berdosa. Walaupun kepada mereka yang tidak mengakui kewujudanNya.
          Apa mungkin kita akan berjumpa seorang manusia seperti Dia? Tentulah tak mungkin kan.
          Jadi, kenapa kita sering mengagungkan manusia? Mendewa2kan makhluk yang lebih kurang macam kita aja. Apa kelebihan mereka?
          Akalku memang susah menerima "pendewaan" sebegini. Apa "agung"nya Asaari kepada pengikut Al-Arqam? Al-Assad kepada puak syiah? Karl Marx kepada pengikut komunis? Jim Jones kepada pengikutnya yang sanggup mass suicide? David Koresh kepada pengikutnya yang gigih mempertahankannya di Waco? Ayah Pin dan umat Kerajaan Langitnya? Mereka2 ini tidak maksum. Mereka mempunyai berbagai kelemahan. Mereka bercakap perkara2 yang sukar diterima oleh akal2 yang sihat dan waras. Namun ramai manusia yang mempercayai mereka bulat2. Taksub tahap mega! Sanggup menggadai harta dan nyawa demi mempertahankan ketua2 ini. Membutakan mata dan menutup deria lain terhadap kelemahan ketua mereka. Seolah2 ketua mereka ini next to God tahapnya. Apa saja yang dikatakan oleh ketua diterima seolah2 menerima wahyu dan hadith sahih. Orang yang berlainan pendapat salah saja!
          Cinta yang tiada kesederhanaan, tiada jalan tengah. Cinta yang hanya hitam putih. Cinta yang hanya aku betul engkau salah. Cinta yang amat cepat bernoktah, ber-exclamation mark - tiada ruang untuk comma, semi-colon,colon, question mark.
           Apakah cinta sebegini sekarang menular semula di Malaysia?

No comments:

Post a Comment