Wednesday 8 May 2013

PAS tak nak kawan UMNO........

Time To Change at http://www.facebook.com/Kayaberjaya posted this:

KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO? INI JAWAPANNYA...
Ini betul punya cerita DAP, sebab tu Pas lebih selesa dengan Dap dan fobia dengan Umno...
Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.
2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?
4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.
5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.
6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.
7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?
8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang
memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan
Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.
10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari
Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.
11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung
12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?
13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.
14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat
dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.
15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang
sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......
16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. 

Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua. 

          Tersentak saya bila terbaca artikel ini! I'm a muslim but I'm no muslim scholar. Heck, I'm no political scholar either! So please bear with me. I really need to know the following:
          1)   Is Time To Change the official spokesman for PAS? 
          2)   Does the highest echelons in PAS know about this and endorse it?
          3)   If the righteous muslims refuse to befriend the "wayward" muslim, then who will save the "lost sheep"? What is the hukum on this? Setahu saya umat Islam disarankan berusaha sedaya upaya selagi mereka bernyawa untuk menyelamatkan umat2 yang sesat. Kalau pun tak mampu sangat nak berdebat/tarbiah dll, sekurang2nya kita berdoalah supaya yang sesat ini diberi taufik dan hidayah moga2 dibukakan hati untuk pulang ke pangkal jalan.
          4)   I remember 13 Mei. I remember Malays who were predominantly muslims being mercilessly slaughtered. I remember what triggered this incident. The leader of the pack is still gracing many campaign posters as I speak. And I'm not talking about Anwar Ibrahim - just the guy next to him, who happens to be a DAP member.
          5)   What is so wrong about learning a school subject in a foreign language? Especially a language that will assist them later when they go on to tertiary institutions outside Malaysia? When mastery of this language will help them communicate and compete better on an international level?
          I cannot and dare not comment on the rest of the reasons as I'm totally clueless as to its history. My bad.
          I have numerous PAS friends. Funny that NOT ONE of them has ever made me feel that PAS has "given up" on me. 
          You, single handedly,  have succeeded where many have failed. Congratulations!


No comments:

Post a Comment