Sunday 13 January 2013

kamu tetap istimewa.....

          Aku suka memerhati orang. Memerhati dengan mata, juga dengan hati. Cuba memerhati semua insan-insan yang hadir didalam hidupku ini. Tak kira samada mereka itu aku kenali atau tidak. Yang pasti, mereka memasuki orbitku. Aku yakin, terrrrrrrlalu yakin bahawa semua yang menembusi tembok dan lepas masuk kedalam duniaku, dalam sedar atau sebaliknya, semua dihadirkan pasti dengan misi-misi sendiri. Yang selalunya menjadi tandatanya bagiku.
          Kenapa mereka hadir di sini? Apa yang aku sepatutnya dapat dengan kehadiran mereka ini? Apa yang aku dapat titipkan untuk mereka supaya kehadiran mereka di duniaku ini tidak hanya sia-sia? Aku sungguh-sungguh percaya bahawa there is no coincidence in life. Semuanya direncanakan. Semuanya bersebab. Tidak ada satu pun yang sebaliknya. Tidak ada satu pun yang sia-sia.
          Aku juga pasti yang semuanya hadir atas dasar cinta. Hanya definisi cinta itu berbeda. Manusia lebih terbiasa dengan cinta persis Romeo-Juliet, Laila-Majnun, dan segenre dengannya. Cinta yang dibilang agung, teristimewa, tiada tandingannya. Dan cinta persis ini menjadi model kepada si Adam dan si Hawa diseluruh dunia. Tidak kira bangsa, agama, asal usul, miskin kaya, usia. Hampir semua berkehendak akan cinta sebegini. Cinta setia sampai mati, tidak bisa mencintai selain dari "dia" - hanya "dia" sepanjang hayat di dunia, juga di akhirat nanti. Teringat lirik lagu dari Bon Jovi, "I'd live and I'd die for you, I'd steal the sun from the sky for you, words can't say what love can do, I'll be there for you" - jiwang to the max!
          Dan aku tersenyum. Kenapa? Sebab aku selalu terfikir yang Allah swt menganugerahkan kita semua hati dan jantung. Yang tersangat kritikal untuk hidup sejahtera. Jantung mengepam darah keseluruh badan. Dan ia berdebar bila teruja. Hati pula, technically, ialah liver - yang mempunyai fungsi yang tersendiri. Cuma kita selalu mengambil tafsir hati=heart. Di sinilah, pada tafsiran inilah, bermula segala cerita suka duka cinta. Cerita cinta antara si Adam dan si Hawa. Yang dipenuhi dengan jantung berdebar, hati berbunga.......
          Siapa yang tidak suka bercinta! Aku pun suka. Cuma definisiku mungkin agak berbeda.
          Walaupun aku ini suka membaca, melihat, mendengar, memerhati cerita-cerita cinta, aku tetap tidak dapat "merasa" seperti yang ramai orang lain rasa. Akal aku ini selalu saja masuk kedalam kisah-kisah cintaku! Bukan sekadar berbisik tapi kadangkalanya akal aku itu menjerit sambil menampar-nampar hatiku! Yang selalunya menoktahkan kisah cintaku.
          Akalku ini bagai tidak mengerti bahawa orang selalu berkata, "follow your heart...wherever it may lead you". Ia tetap hendak berkuasa! Selalu sangat berkata, "Yea...fine. Follow your heart. But remember, Allah gave you a brain for a reason okay." Party pooper betul!!
          Mungkin juga kerana akalku ini, aku tidak pernah berseteru dengan mantan-mantanku, juga dengan insan-insan yang mengisi ruang-ruang hati yang aku kosongkan. Cuma, ada diantara mereka yang tegar berpatah arang, membakar jambatan. Entah apa yang ditakutkan. You broke my heart lah konon. Kenapa aku pula tidak pernah merasa begitu bila aku ditinggalkan?
          Kerana, pada aku:
"hanya kerana orang yang kamu cintai mencintai orang lain, lalu meninggalkan kamu untuk selalu bersama dengan cinta barunya, itu tidak bermakna ia tidak memerlukan kamu didalam ruang-ruang istimewa didalam hidupnya. Ruang-ruang yang hanya untuk kamu - kerana kamu yang dahulu mengenalinya, rapat dengannya, memahaminya, menerimanya seadanya, yang sentiasa hadir untuknya.
          Ruang istimewa yang hanya kamu saja yang punya. Cintanya yang sekarang pun tidak akan boleh menjadi penghuni ruang ini - bukan hanya kerana kamu yang terdahulu, tetapi hanya kerana kamu adalah kamu. Kerana insan lain tidak akan mungkin menjadi kamu. Dan tidak mungkin akan seistimewa kamu.
           Itu saja."

          Jadi, percayalah bila aku berkata, "kamu tetap istimewa"...... :)


No comments:

Post a Comment