Wednesday 16 January 2013

kamu tetap istimewa......3

          Orang kata memang senang simpan orang yang kita sayang didalam hati tapi susah nak jadikan mereka yang kita benci penghuninya. Aku sangkah pendapat ini! Pada aku, senang juga nak simpan orang yang kita susah nak sayang dan sampai sekarang pun masih tak boleh nak sayang kat dalam hati.
          Siapa kata hati kita ni hanya untuk benda-benda yang kita sayang aja? Kalau betullah hati kita ini macam itu, tentu tak akan ada perumpamaan-perumpamaan seperti, "makan hati", "sakit hati", "kecil hati" kan. Yang susahnya ialah untuk menyimpan mereka-mereka ini di dalam hati kita TANPA rasa "sakit hati", "iri hati", "makan hati", "kecil hati" dan sewaktu dengannya.
          Aku pun seperti kamu - sering aja merasa macam-macam perasaan hati yang tak nyaman ini. Perasaan yang ada masanya memyemputkan jantungku, menghilangkan senyumku, "meng-serabutkan" dan mengkaburkan my outlook on life. Nasiblah aku ni masa zaman kanak-kanak dulu selalu aja bertemankan orang-orang tua. Mendengar butir bicara mereka. Dan ada diantara mereka-mereka ini yang rajin melayanku. Bapa, maktok, Pak Cik Rahman [guru mengajiku], Abang Sarip, Cikgu Mat, Ustaz Mazlan banyak menolong membentuk peribadiku.
          Daripada mereka aku belajar untuk "put yourself in the other person's shoes". Juga biar rabun mata, jangan rabun hati, "ON"kan hati dan akal sebelum "ON"kan mulut, sebut astaghfirullahalazim dulu jika terasa mulut tu nak cakap yang bukan-bukan, senyum dan senyum dan senyum bila berkata-kata, dan banyak lagi. Mereka ini bukan sekadar memberi filosofi aja - mereka memberikan aku "manual" untuk mengaplikasikan semua ini sebab aku nampak nyata cara mereka berinteraksi dengan manusia.
          Bila aku cakap, "tapi dia suka kacau Ijan! Menyampah!", mereka jawab bahawa sama aja aku dengan orang yang aku tak suka tu - dua-dua pun ada penyakit hati! THAT made me stop and engage my akal. Ye tak ye jugak....So, aku jadi insan "do not do unto others......." semampu mungkin. Yang kadang-kadang tergelincir, tersasar...namum selalunya cepat sedar. Kerana....AKU TAK NAK ADA PENYAKIT HATI!! Sampai sekarang aku masih berusaha supaya penyakit ini tidak merebak keseluruh sistem kawalan hidupku.
          Jumpa pula dengan Deepak Chopra, James Redfield, Don Miguel Ruiz, Neale Donald Walsch dan segenre dengannya. Membuka lagi mindaku, hatiku. Aku tersangat sekular dalam pembacaanku. Mungkin kerana, pada masa itu, buku-buku agama dalam Bahasa Inggeris kurang sangat kat Malaysia ni. Yang dalam Bahasa Melayu, aku pula yang tak berapa nak faham [pada masa itulah].
          Cerita mereka sama aja. It's all about love. Lalu aku pun belajar betapa luasnya definisi cinta. Betapa luasnya hati aku ini. Bahawa hati aku ini akan tetap meluas bila perlu. Tiada batasan. Yang pasti, semua ini telah diajarkan kepadaku sejak aku kanak-kanak hingusan lagi. Cuma tidak dibukukan oleh sifu-sifuku yang terdahulu.
          Aku belajar mendengar tanpa bicara. Aku belajar mendengar tanpa censor. Aku belajar mendengar tanpa memberi pendapat. Aku belajar mendengar bukan hanya dengan telinga. Dalam proses ini, aku juga rupa-rupanya belajar "mendengar" tanpa lisan dari si pemberitahu.
         Lalu aku mampu menikmati rasa kasihan, to see the humour in life's disasters. Mampu menerima kutukan tanpa menjelaskan apa-apa. Mampu melihat kesalahan dan kekurangan diri. Mampu untuk menjarakkan rationale dari emosi.
         Mampu menerima manusia seadanya. Mampu menjadikan insan-insan yang tak suka aku dan yang aku tak suka tetap istimewa dan menghuni ruang hatiku. Kerana mereka juga telah mewarnakan hidupku dengan cara mereka yang tersendiri. Tanpa mereka, aku tak akan mungkin tahu tentang kekurangan diri ini dimata insan lain. Mereka telah menolong aku membuat "markers" dalam usaha membina jatidiri.
          Aku belajar untuk tidak membenci.
          Kamu-kamu yang aku tak suka, juga kamu-kamu yang tak suka aku......kamu tetap istimewa..... :)

2 comments:

  1. laili suhairi ab wahid16 January 2013 at 08:09

    Yes, itu cara daripada pengalaman mu. Bagi ku, aku tidak mahu menyimpan perkara-parkara yang membawa minda ku tidak senang. Jika aku fikir ia tidak perlu, aku delete dari ingatan ku. Philosophy ku : 'jika kita tidak suka orang lain melakukan kepada kita, kita jangan laku yang sama kepada orang lain.' Dalam pada itu berhati-hati juga, munkin madu kepada kita tetapi racun kepada yang lain. Sebagai manusia biasa, sifat suka, benci, gembira, bersedih, marah itu lumrah. Tetapi pengalaman, bimbingan dari ilmu yang dipelajari membuatkan aku mengatasi segalanya (dengan izin Allah). Aku ingat hadis Rasullullah SAW, yang bermaksud : 'Jangan kita dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama.' dan 'Ikatlah unta kamu sebelum kamu bertawakal kepada Allah.' Jika ada dalam perjalanan hidup ku melalui orang-orang yang aku tidak suka, aku anggap sahaja dia tidak wujud. (not to waste time to think about him) In this world, we got to be tough in order to survive. (macam dalam National Geography :)))
    Aku sentiasa berdoa kepada Allah supaya membimbing ku ke jalan yang lurus dan benar, dan bukan jalan orang-orang yang sesat. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya menyimpan memori mereka2 ini dengan perasaan nyaman. dengan tersenyum bila teringat mereka. kadangkala tertanya2 juga..apakhabar mereka2 ini... :)

      Delete