Wednesday 16 January 2013

kamu tetap istimewa......4

          Dulu aku selalu terfikir bahawa bila aku suka seseorang itu sudah tentu semuanya akan jadi senang. Hidup pun tenang, aman, damai, sejahtera. Tapi jika aku tak suka seseorang itu sudah tentu hidup aku akan jadi porak peranda. Disaster!
          Silap rupanya aku. In reality, bila aku suka seseorang itu, lagi terbalik dunia aku! Yelah...orang perempuan ni tak nyaman sungguh hidup bila tak terima berita, tak nampak muka, berjauhan lama, bergaduh tak tentu hala...you get the drift! Asyik terpandang aja muka dia merata-rata. Nasib baik zaman aku bercinta dulu bukan zaman handphone dan internet! Tentu habis semua rasa suka duka terpapar kat facebook, twitter, my space, friendster, tagged dan entahsiteapaapa lagi! Dan semestinya syarikat-syarikat telekomunikasi akan menjadi lebih kaya!
          Zaman aku remaja dulu zaman tulis surat. Kaum perempuan ini sesungguhnya excellent managers. Letter pads with matching envelopes, aerograms, stamps and pens that work sentiasa ada. Kalau stok sendiri habis pun, okay aja. Sebab tentu saja akan ada teman-teman yang boleh bagi pinjam harta benda mereka....demi mem-promo-kan C.I.N.T.A.
          Kenapa aku kata hidup aku jadi porak peranda bila bercinta? Sebab aku ni macam orang lelaki! Cuma, aku berbeza sedikit. Aku ada letter pads bercorak with matching envelopes. Juga letter pads biasa, airmail dan conqueror paper. Tera kan! Setem...bapa dah siap bagi stok sebab kena tulis surat kepada dia setiap minggu [aku duduk asrama]. Dalam. Bahasa. Melayu. Sebabnya? Penguasaan bahasa ibundaku sungguh memalukan pada waktu itu. Dapat C5 dah rasa tera!
          Back to the story. Aku dibesarkan bersama 5 orang abang dan seorang adik lelaki, seorang kakak juga seorang adik perempuan. Aku dilahirkan ke dunia indah ini right after 4 boys in a row. Faham-faham ajalah apa yang terjadi kepada aku. Jadi pemain bolasepak. Pandai timbang bola sepak raga [sekarang dipanggil sepak takraw]. Cara tangkap bola ragbi pun tahu juga. Naik basikal, panjat pokok, kerabat bukit, hambat orang, aku tersangat tera.
          Malangnya bagi kaum jejaka, penampilanku begitu ayu sekali - time aku duduk diam-diam dan senyum, bisu tanpa katalah. Rambut kemerah-merahan mencecah pinggang yang didandan rapi oleh mak,  senyum manisku [ehem..ehem], dan kebolehanku duduk berjam-jam tanpa bicara, tanpa resah, tanpa mengada-ngada itu dipandang menarik oleh si jejaka. Juga ibu-ibu, mak penakan, nenek-nenek, dan makcik-makcik sebelah rumah mereka.
          Tapi aku tak perasan itu semua! Budak lelaki semua jadi geng. Kalau dia orang "ayat" aku pun, aku tak akan faham, tak akan perasan, tak akan tahu aku sedang di"ayat"kan. Hanya mereka-mereka yang berjiwa pahlawan, yang sanggup cakap direct aja yang aku akan faham dengan jelas dan nyata. Sehingga kini, aku sama aja! Blur!
          So, kisah cintaku serabut aja. Serabut kerana aku rasa mat-mat yang aku date jiwang belaka. Asyik nak berkepit aja kerjanya. Itu belum lagi bab secret admirers. Hantar surat, salam, pesanan, hadiah melalui messengers. Mesti ramai yang frust menonggeng sebab aku ni tak berapa curious orangnya. Dia orang hantar surat, aku baca. Aku tanya siapa yang hantar. Kalau messenger kata rahsia, aku okay aja. Tak tanya lagi dah. Kalau ada yang nak date aku tapi through 3rd party, memang susahlah aku nak layan. Adalah pergi sekali dua - itu pun sebab nak senangkan hati kawan. Disaster!
          Aku rajin tulis surat tapi tak rajin pergi dating. Sebab dating memakan terlalu banyak masa. Membuat aku penasaran bila teringat buku-buku cerita yang aku sedang dan hendak baca. Juga program-program kerabat bukit, tunggang basikal, main netball dll. Aku tak suka tengok wayang. Sekali sekala tu okaylah. Tapi kalau 3 kali sebulan, jawabnya "NO"! Dulu aku tak suka bercakap telefon lama-lama - penat pegang gagang telefon. Kalau banyak nak cerita, aku suruh datang ke rumah atau tulis surat aja. Aku tak boleh nak selalu makan kat luar sebab aku ada chronic allergy - masuk hospital kalau tersilap makan. Aku tak rajin berjalan-jalan. Aku tak gemar shopping. Aku tak suka tenguk tv.
          Paling aku tak suka ialah drama kings. Aduuuuiiiii....Agaknya sebab aku ni kaum hawa yang pelik sikit [ada yang kata pelik banyak!], aku selalulah dapat mat-mat jiwang yang kuat merajuk, sensitif tak ketawan hala. Rajin hadiahkan aku bunga, coklat, perfume....semuanya benda-benda yang aku allergic to. Cium bunga - semput sebab pollen allergy. Makan coklat - dapat migraine. Pakai perfume - semput, kulit juga akan rasa seperti terbakar sebab allergic to the alcohol. Mat-mat pemurah hati langsung bertukar menjadi mat-mat berkecil hati! Jenuhlah aku nak kena explain. Lepas tu ada pula yang kata aku saja buat cerita. Yelah...aku ni nampak sihat sejahtera aja kan. Athlete lagi!
          Aku tak kisah jika boyfriend aku keluar dengan perempuan lain. Aku hanya akan call bila perlu aja. Senang kata, aku tak ambil kisah sangat tentang apa yang mereka buat bila aku tak ada kat sebelah mereka. On the plus side, menghabiskan masa dan tenaga ajalah orang yang ber-gossip dengan aku tentang boyfriend aku ke suami aku ke. Aku percaya aja kat dia orang selagi aku tak nampak depan mata. Kalau nampak pun, aku akan tanya dengan penuh berhemah. Tak ada tantrums, salah sangka ke. I guess I'm just not the suspicious sort.
          Dan nak break off dengan aku cukup senang. Cakap aja. Tak bagi reason pun tak mengapa. Aku tak ambil hati. Dan aku tak akan sesekali memalukan kamu dengan memujuk rayu. Tapi kalau nak "ON" balik tu, ada susah sikitlah. Bukan sebab aku ego, tapi aku dah "reprogramme" minda aku selepas kita break off tu. Kamu dah masuk "friend zone". Setakat nak berborak, datang rumah, pergi makan minum sekali sekala tu aku "ON" aja.
          Sifat aku yang begini rupa-rupanya membuat ramai yang terluka. Aku minta maaf. Aku tak sengaja.
          Dan aku nak kamu tahu, walaupun kamu mungkin tak akan percaya, kamu tetap istimewa........ :)
       
       
       

No comments:

Post a Comment