Tuesday 19 July 2011

AKU MASIH SUKA KAMU :)4

                    Tapi aku tau aku dan kamu tak mungkin akan bersatu. Naluriku lebih tau apa yang aku mahu. Dan kamu bukan kehendak naluriku. Aku mahu seorang imam yang pandai mentadbir keuarga. Pandai ilmu agama. Taat mengikut kehendak Yang Esa. Walaupun kamu kaya dengan harta, kasih sayang dan budi bahasa, kamu miskin dengan ilmu dan ketaatan pada Dia. Aku bukan hanya mahukan raja….aku juga mahukan Muhammadku!
               Sampai satu masa aku terpaksa berterus terang. Aku tak boleh bersamamu. Aku tak mampu lagi menadah telinga mendengar cerita yang sama yang tiada titik noktahnya. Tak mampu membendung perasaan. Tak mampu menolak kehendak naluriku. I’m so sorry…..I wished I could.
                 Kita pun tidak seserasi dulu. Kamu pun sudah mula menjauhiku. Kamu memberitahuku yang kamu buat begitu untuk hilangkan perasaan takut kamu. Takut yang aku akan pergi. Takut kamu akan terlepas peluang untuk bersatu denganku. Perasaan kamu berserabut bercelaru kata kamu. Aku terlalu kuat kata kamu. Aku telah menjadi tiang untuk kamu tegak berdiri. Kamu sangat-sangat perlukan aku.
   Tapi aku juga mahukan tiang…dan kamu tak mampu menjadi tiang itu. Aku pergi juga walau hati masih sayangkan kamu. Hari yang aku pergi itu kamu mencari aku. Kita tak berjumpa kerana kamu terbabas dan terlanggar divider jalan. Mujur kamu tak apa-apa.
  Aku menangisi perpisahan kita untuk seketika. Rindukan kamu. Rindukan perhubungan kita. Sehinggalah suatu masa aku mampu tersenyum bila mengingati kamu. 

No comments:

Post a Comment