Thursday 14 July 2011

AKU YANG MENULIS

         Aku selalu menulis. Menulis apa yang orang lain suruh tulis. Cikgu-cikgu, bos-bos, kawan-kawan selalu suruh aku menulis….untuk kerja sekolah, untuk kerjaya, untuk riadah. Selalu aja aku menulis untuk orang lain. Menulis dalam bahasa asing. Jarang sekali dalam bahasa ibundaku.
        Aku orang Melayu yang tak berapa pandai berbahasa Melayu. Aku salah seorang casualty penjajah bangsaku. Lebih mahir berbahasa mereka…bahasa penjajah…bahasa Inggeris. Aku berupaya mengajar bahasa penjajah itu ke tahap professional. Aku berfikir, bertutur, bermimpi dalam bahasa itu. Jarang sekali ayat-ayat dalam bahasa percakapanku yang tidak diselitkan dengan bahasa penjajah itu. Hingga aku ni synonymous dengan the English language. Satu kampung tahu!
           Dulu aku bangga yang aku ni pandai English. Tapi bila dah tua ni aku malu. Malu sebab tak menguasai bahasa sendiri. Kalau English tu boleh sebati dengan diriku, kenapa pula tak boleh begitu dengan Melayu? Bahasa yang mula-mula aku tahu, yang aku gunakan semasa setahun jagungku!
          Aku kena berguru! Nasib baiklah aku punya sianak gadis yang baca novel Melayu. Terperanjat beruk dia bila aku minta pinjam baca novel Melayu tu. “Mummy nak baca buku Melayu?”, nada terperanjat  tak percaya Shasha ketara sekali!
          Really, mum?”. Aku angguk. “Okay. Start with this, mum”, Shasha menghulurkan “Tunas” hasil karya HLOVATE.
            I read it and I was hooked! HLOVATE begitu serasi dengan naluriku. I was expecting, “Abang, sayang sayang sangat pada abang”. Instead aku dapat karya yang diluar jangkaanku. Mantap! Unexpected! Romance of a different kind. I love it! Aku suka!
         Dan bermulalah hidupku yang diisi dengan novel-novel Melayu. Aku baca semua hasil karya HLOVATE. Aku suka! Kisah cinta manusia dengan manusia. Juga kisah cinta kasih sayang manusia dengan penciptanya. Aku suka!
        HLOVATE membuka mataku hatiku untuk ada kisah cinta kasih sayang dengan penciptaku….disenja hidupku ini. Aku suka! Terima kasih HLOVATE. Terima kasih kerana situa dapat pengajaran dari simuda J
          Dan bermula juga aku yang berani menulis dalam bahasa Melayu. Bahasa ibundaku yang begitu lama aku tinggalkan. Yang dulunya aku begitu takut untuk guna kerana aku tahu yang aku tak berapa tahu bahasaku.
          HLOVATE memberi aku keyakinan untuk mula sesuatu yang baru dalam usiaku yang lama…..tua……

          Thanks, Shasha…..pandai anak mummy :)

No comments:

Post a Comment