Tuesday 19 July 2011

AKU MASIH SUKA KAMU :)5

                  Kamu datang lagi dalam hidup aku. Tapi kali ini aku terima kamu hanya sebagai kawan lama. Teman tapi mesra? Mungkin. Beberapa kali kamu mencari aku untuk bercerita beramah mesra. Namun aku tak pernah memberi ruang untuk kamu berbicara tentang “kita” kembali bersama. Walaupun beberapa kali kamu mencuba.
    Kerana aku masih rasa yang kamu tetap “kamu” yang dulu. Dan aku tak mungkin boleh hidup sama “kamu” yang begitu. Dan aku tau yang aku tak mungkin akan dapat merubah kamu…..hanya kamu yang boleh merubah diri kamu.
     Lama kita tak bertemu. Dengar cerita yang kamu berkahwin baru. Isteri kamu teman adikku. Kecil sungguh dunia ni. Isteri kamu pernah memberitahu adikku bahawa kamu masih sayangkan aku. Kemudian aku dengar cerita kamu bercerai lagi. Cerita lama, cerita sama. Ini kali yang ketiga.
   Terkejut aku bila kamu mencari aku. Datang kepada aku bertanya khabar. Juga meminta pendapat. Dan kemudian meminta pertolongan. Aku tersenyum dan mengangguk. Aku juga tau diri aku…yang tetap akan membantu jika yang datang itu kamu……….
                 …….kerana aku masih suka kamu :)

Sometimes two people who may be right for each other just couldn't do the right thing......the memory, however, still remains sweet & poignant :)

2 comments:

  1. jodoh pertemuan di tangan tuhan (itulah ungkapan yg selalu kita dengar..)
    Guess...in time, listen to yr heart n nobody is perfect, with their own flaws.
    Walking away again is tough,u hv guts...

    ReplyDelete
  2. i read the whole series of 'Aku mash suka kamu'. Menyentuh perasaan...

    ReplyDelete