Friday 15 July 2011

AKU MASIH SUKA KAMU :)1

               Kita belajar di tempat yang sama….kamu kenal aku. Aku tak kenal kamu. Sebab itu aku tak cam kamu masa kamu menegur aku di dalam kolam renang itu. Aku cuma boleh senyum dan merenungmu…cuba untuk ingat di mana kita mungkin pernah bertemu.
                Dari saat itu kita menjadi kawan yang mulanya hanya kawan biasa. Kadang-kadang berbicara di talipon. Sesekali keluar makan bersama. Kamu pula mula berenang di kolam itu sama hari dan masa aku ke situ. Selalunya kita makan malam bersama selepas penat berenang. Bukan hanya berdua tapi tetap bersama.
                 Masa itu kita masing-masing sudah berkahwin. Masing-masing ada pasangan sendiri. Tak mungkin akan ada hubungan lain selain dari kawan biasa. Yang pernah pergi universiti yang sama. Mempunyai ramai kenalan yang sama. Ofis pun berdekatan.
            Kemudian kita berdua naik pangkat, jadi begitu sibuk dan jarang sekali berkesempatan untuk bercakap atau bertemu. Bertahun jugalah begitu. Tapi masing-masing tak pernah lupa each other. Tetap tersemat dalam ingatan. Tetap tersenyum jika teringat. Ada masanya terasa nak contact each other tapi nombor talipon sudah bertukar. Tak tahu masing-masing kerja di mana.
               Hinggalah terserempak didepan mata. Pertemuan yang tak di sangka-sangka. Kad bertukar tangan. Mula kembali episod beramah mesra…..walaupun tak kerap tapi tidak pulalah membisu lama-lama. Dua-dua pun tak pernah bercerita tentang hal peribadi masing-masing. Hanya bercerita tentang kerja, kawan, kolej. Borak biasa. Borak kawan lama. Hanya cerita-cerita senyum dan ketawa saja. Tak ada langsung cerita airmata. Padahal dua-dua pun berduka. Cerita sama….keretakan rumahtangga. Dua-dua pun tak pernah bertanya. Yelah…kami kawan lama tapi tak rapat mana pun. Macam mana nak tanya perihal hati dan perasaan. Tak masuk syllabus!

No comments:

Post a Comment