Thursday 14 July 2011

AKU NAK JADI APA NI?

              Aku nak jadi painter. Nak jadi rockstar. Jadi concert pianist. Jadi al-hafiz. Jadi perempuan Melayu terakhir…….
                Satu pun tak jadi. Aku jadi Ijan…perempuan yang tak berapa Melayu yang tak mungkin yang terakhir. Yang ada orang kata bohemian, hippie. Semua orang agree aku ni unorthodox….no way akan jadi perempuan Melayu terakhir!
                   Macam mana aku nak jadi perempuan Melayu terakhir? Cakap Melayu pun tak betul! Haru aja. Selalu sangat translate from English to Malay…jadi janggal susunan ayat. Rambut pula sentiasa pendek. Penampilan biasaku…jeans and tee. Seorang perokok tegar yang selalu cuba berhenti. Isy…tak mungkin nak jadi PMT (perempuan Melayu terakhir)!
              Nak jadi painter pula harap boleh paint dinding ajelah kot! Or paint the town red…ini aku memang tera buat once upon a long time ago. In my previous life….haha…..Tak mungkin aku akan jadi Van Goh. Forget Van Gogh. Nak jadi Ricky budak Cina yang pandai melukis zaman aku sekolah rendah dulu tu pun tak mungkin!
               Nak jadi concert pianist? Adalah sebulan kot pergi kelas piano  masa kecil-kecil dulu. Sangat membosankan. Asyik nak buat scaling aje sampai lenguh tangan. Entah aku ingat ke tak lagi kat mana middle C…..
                  Jadi rockstar juga impossible. Dulu adalah juga dapat offer jadi penyanyi. Jadi recording artist. Tapi masa tu tengah sibuk bekerjaya. Menyanyi takat suka-suka untuk relax aje. Kira professional karaoke singer ajelah. Kadang-kadang nyanyi live bila mood bagus. Zaman itu dah berlalu. Masih berkaraoke…tapi tak selalu.
               Jadi al-hafiz? Whoooo…tak mungkin dengan otak tua yang dah beku ini! Surah-surah lazim pun tak dapat hafal semua. Takat hafal sekadar cukup syarat dirikan solat aje. Ulang yang sama aje sebab tu yang senang dibuat.
               Fikir punya fikir aku rasa aku hanya boleh jadi an enhanced Ijan. Ijan yang lebih sempurna…dimata penciptanya. Ini aje yang aku rasa aku mampu impikan. Kerana ini tak ada sempadan masa. Tak perlu sijil. Hanya perlu ada kemahuan…..usaha….dan keyakinan.

Sampai mati tak graduate. Sampai mati diberi ganjaran. Sampai mati tak terkilan. Sampai mati diperlukan……..

3 comments:

  1. sis..u are "wanita sejati "yang mempunyai serba kelebihan. and i hope that u are always stays cool n cute ;-) luv ya!!

    ReplyDelete
  2. Hello again comrade !

    I give you an idea. Tulis lah pasal dunia, alam semulajadi dan alam semesta.

    Sebab di dunia ini, yang boleh menyakitkan kita hanya species manusia. Segala yang lain, adalah natural. Hanya manusia lupa pada yang asli.

    Hope you be happy always. May the force be with you !

    ReplyDelete
  3. za, thanks. love u too xx

    ReplyDelete