Monday 18 July 2011

AKU MASIH SUKA KAMU :)3

                  Coincidentally, masa tu Valentine’s Day….hari untuk kekasih. Kamu kata kamu mahu hidup bersama aku. Tanya samada aku juga mahu sebegitu. Terdiam aku! Entah…masa tu aku tak tau samada aku mahu kamu. Memang aku suka kamu tapi untuk hidup dengan kamu tu aku belum tentu mahu atau tak mahu. Lalu aku jawab kita berkawan dulu…dan tunggu….tengok jika ada keserasian.
                Disinilah titik permulaannya perhubungan hati dan perasaan kamu dan aku. Kita belajar mengenali hati budi masing-masing. Hati kamu yang lembut dan cair. Hati aku yang keras dan beku. Kamu yang sangat romantis. Aku yang sangat praktikal. Kamu yang senang bercelaru dan menangis. Aku yang sentiasa cool dan a shoulder to cry on. Personaliti kita sangat berbeda. Namun ada keserasian.
            Kamu dengan masalah bekas isteri dan anak-anak yang tak sudah-sudah. Aku tukang menadah telinga dan memberi pandangan bila diminta. Membantu bila perlu. Sentiasa dekat denganmu seperti yang kamu dan aku mahu. Kadangkala aku bosan dengan permasalahanmu….yang tiada titik noktah itu. Makin lama makin meruncing. Sehingga aku juga rasa tak menentu…samada aku mahu tunggu atau tinggal kamu.
             Kamu mahu aku jadi permaisurimu. Tapi pada pandangan aku, kamu tak mampu untuk menjadi raja. Kamu tak pandai mentadbir. Kamu terlalu emotional. Kata hati dan kata mulut kamu berbeda! Macam mana mahu menjadi raja. Macam mana mahu menjadi khalifah. Kamu hanya tegas semasa bekerja. Dalam hal mentadbir rumahtangga kamu lemah. Selalu saja tersungkur bila diuji.
             Aku mahu suami bukan anak lelaki! Hatiku yang mula cair itu selalu terasa. Tapi aku tetap denganmu. Tetap menadah telinga. Tetap membantu bila perlu. Tetap taat dengan perasaan suka pada kamu. Lagi susah untuk meninggalkanmu bila keluarga kamu suka sama aku. Aku sayang kakak dan mama kamu. Aku sayang anak saudara kamu. Aku sayang pada kamu!

No comments:

Post a Comment