Tuesday 19 July 2011

BILA SIJEJAKA KATA “BA-BYE”: SURVIVAL GUIDE UNTUK YANG DITINGGALKAN

It has happened to us at one point in our lives…tak kiralah kita siapa…kerani ke, Hollywood star ke, menteri ke, makcik sebelah rumah ke…iaitu…kita ditinggalkan. Tak kiralah apa sebabnya. Yang penting…kita di sini, dia di sana…Apa harus kita buat supaya hidup ni lebih in control?

1.       Menangislah 3, 4 hari ke seminggu ke. Sampai bengkak lebam mata, sembab muka, takde suara. Tapi jangan menangis sampai forever. NB: Jumpa doctor kalau menangis sampai rasa nak gila.
2.       Kalau ada selera makanlah apa saja, bila suka. Makan sambil berdiri depan fridge pun takpe. Cuma jangan terlalu lama buat macam ni – nanti kalau gemuk sendiri juga yang susah. Dah kena beli baju baru bagai!!
3.       Sebutlah nama dia…dengan kawan-kawan yang terdekat aja. Dengan yang lain tu tak payah cerita – takde kena mengena dengan depa pun. Kalau beriya sangat nak cerita dengan strangers, carilah mana-mana  maid Myanmar ke Indon ke – yang tak mungkin kenal dia. Jangan sesekali bercerita dengan maid dia!! Kalau dah sasau, cerita aje dengan doktor.
4.       Tulis surat kat dia on the computer. Tulislah apa saja. Terasa nak maki hamun pun takpe. CUMA…jangan sesekali hantar surat tu kat dia!! Mana tau kot satu hari kita bersaudara. Walaupun bukan jodoh kita, mungkin jodoh adik kita ke, sepupu kita ke….haaaa….mana nak letak muka??!!
5.       Jangan sesekali telefon dia. No! No! NO!!!!!! Ni buat sakit hati aje. Buang segala email, SMS, kad-kad, hadiah dll dari dia.Ops NYAH!!! big time okay! No “ifs” or “buts”. Teddy bear yang ada huge red heart tu pun buang!!
6.       Jangan sibuk-sibuk nak lalu depan rumah dia, ofis dia, tempat-tempat hangout dia. Nanti kalau nampak dia berpegang tangan dengan girlfriend baru dia macam mana?? Lagiii merana….DAH…tak payah cari penyakit tambah penyakit yang sedia ada!!
7.       Ni time hati tengah rapuh. Time kadang-kadang boleh buat benda bodoh…seperti call anak pak lebai hujung kampung yang you reject  2 tahun dulu. Bukan apa…saja nak rasa diri tu masih di sukai/puja/gilai….dah…JANGAN BUAT HAL!! Nanti mamat tu camping depan gate you macam dulu tak ke haru??!! LUPAKAN NIAT NI!!!
8.       Kalau tiba-tiba teringin nak pakai baju dedah sana dedah sini, mekap tebal 2 inci, jalan/cakap gedik-gedik… TAMPAR MUKA SENDIRI!!! Jangan jatuhkan maruah diri.
9.       Selalunya mesti time ni nak dengar lagu sedih, tengok movie sedih, baca/dengar cerita sedih. Saja cari sebab nak buang airmata berbaldi-baldi. Okay aje. Cuma jangan buat lama-lama. Nanti beku pula hati tu asyik dok berhiba aje – susah pula orang lain nak masuk mencairkan hati tu.
10.    Telefon berbunyi!! Hati berdebar-debar. Mungkin dia!! Lupakan…tak mungkin dia. Dia yang tinggalkan you – remember?? Kalau dia call pun sebab dia nak CD Bon Jovi dia balik. Tak payah jumpa dia, tengok muka dia. Tinggalkan aje dengan pak guard (kalau ada guard) or pass kat kawan dia or suruh kawan you tolong masukkan kat dalam mailbox dia. Habis cerita! Muka dia dah tentu tentu ada dalam kepala otak kita….kan….tak tau tahun bila boleh lupa….
11.    Lagi satu pasal telefon ni. Tak payahlah nak check every 30 seconds nak tengok dia call ke tak. Kalau phone tu bunyi kita akan dengar. Tak payah nak genggam sampai kebas jari. Tak payah bawa masuk toilet bagai….
12.    Jangan pergi tempat-tempat yang you selalu pergi as a couple. Pergi tempat lain…tempat yang orang tak akan tanya tentang dia. Kurang sikit serabut dikepala…..
13.    Walaupun rasa macam hati tu dah robek rasa nak mati sekejap lagi, jangan lupa mandi, gosok gigi, shampoo rambut, tukar baju. Jangan terus-terusan bergolek layu atas katil berhari-hari – busuk tau!!
14.    Kalau dia jenis mamat yang suka forward email kat you, suruh dia stop doing that. Tak payahlah asyik nak berdup-dap je jantung tu bila nampak nama dia bila buka email. Lepas tu rasa macam bodoh sebak tak ketawan hala nak hantuk kepala sebab you diantara 40 orang yang dapat email yang sama….
15.    Kalau dia tu famous…whew…payah sikitlah. Muka dia merata-rata di mana-mana…masalah besar ni. Breakup pun satu Malaysia tau. Makcik jual kuih bawah pokok besar tepi bus stop pun tanya. So? Buat dek je. Senyum. Kata, “takde jodoh”. Senyum lagi – biar sampai rasa kebas pipi. Jangan panjang cerita! Gunakan segala cliché yang ada eg “kami tak serasi”….
16.    Kalau dia duduk sebelah rumah pulak – lagi haru!! Minta bos hantar pi outstation buang 2, 3 bulan ke, tukar shift kerja ke…janji tak terserempak tak nampak muka dia buat seketika. Kira-kira sampai perasaan you redalah.

Kira-kira boleh ikut tak ni? If you ada survival tips lain, sharelah ya. Ala ala Wonderpets lah…tolong menolong bekerjasama…..

4 comments:

  1. lawak tp true...laaa, kira lebih kurang je pompuan like me!!! Klu tak lalui nya xkan tau kan?
    Like,like, like....keep on wth yr post!!!

    P/S : Used 2 feel down sesangat dulu, 2 all senasib dgn i, time really will heal..4me masih adjust,but at peace now. :))

    ReplyDelete
  2. sis, kita semua lebih kurang serupa aje...manusia kan :D keep yr sense of humour & u'll get through it all better....maybe even faster kot!!
    love u xoxo

    ReplyDelete
  3. hahaha..
    like this!

    Lagi satu pasal telefon ni. Tak payahlah nak check every 30 seconds nak tengok dia call ke tak. Kalau phone tu bunyi kita akan dengar. Tak payah nak genggam sampai kebas jari. Tak payah bawa masuk toilet bagai… <-----------HILARIOUS!!!!

    ReplyDelete
  4. ten q.. i'm feeling better now..

    ReplyDelete